KEADAAN di Bangladesh semakin meruncing dengan jumlah pelarian Rakhine yang memasuki negara itu kemungkinan boleh mencecah sehingga sejuta orang.
Keprihatinan itu dilahirkan Cik Geraldine Ang daripada Unit Dermawan Privet Global Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) baru-baru ini semasa majlis penyerahan cek Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) kepada UNHCR di Hab Islam Singapura.