SUASANA di rumah yang tidak tertekan merupakan antara faktor yang dititikberatkan Cik Nurdyana Fadzlina Angelyn Ong buat anaknya, Luqman Jun'En Mohammad Sa'ad, yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.
Selain tidak memberi tekanan kepada anaknya, Cik Nurdyana juga tidak mendapatkan khidmat guru tuisyen untuk anak sulungnya itu.