PENGENDALI pengangkutan SMRT akan diberi anugerah berprestij oleh gerakan buruh - Anugerah Plak Pujian (Emas) - bagi perubahan ketara yang dibuat dalam hubungan antara pengurusan dengan pekerja.
Ia akan disampaikan dalam majlis Anugerah Hari Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) hari ini.