Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah baru atas nama PM Lee iktiraf projek Negara Bijak pelajar politeknik

May 03, 2016 | 12:18 PM



MULAI tahun depan pelajar politeknik boleh memohon sebuah anugerah baru yang menggalak mereka menjalankan projek media digital interaktif.



Anugerah Negara Bijak Media Digital Interaktif (IDM) Lee Hsien Loong itu hasil derma $250,000 oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada dana endowmen yang ditubuhkan bagi anugerah pendidikan.



Ia diumum oleh Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung pada Selasa (3 Mei) semasa upacara tamat pengajian Politeknik Republic tahun ini.



"Anugerah ini menggalak pelajar politeknik memanfaatkan kreativiti dan kemahiran mereka untuk melaksana projek IDM yang memperbaiki kehidupan rakyat Singapura, atau memupuk jalinan lebih rapat masyarakat," katanya.



Ini termasuk projek yang memanfaatkan teknologi, seperti permainan video, aplikasi mudah alih, atau realiti maya, yang boleh menjadikan pengangkutan awam lebih mudah, memudahkan membeli dan membayar bagi barangan runcit atau memudahkan menjalani kehidupan lebih sihat, tambah Encik Ong.



Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media berkata anugerah itu juga menguatkan lagi pergerakan SkillsFuture kerana "sifat projek itu yang sangat amali".



"Bagi membina sebuah Negara Bijak, dan menggunakan sepenuhnya IT (teknologi maklumat) dalam kehidupan kita, kita perlu mengumpul idea baik daripada pelbagai sumber. Saya mahu menggalak golongan muda berminat dalam bidang ini, dan menghasilkan cara kreatif menggunakan IT bagi meningkatkan kehidupan kita," kata Encik Lee.



Untuk layak bagi anugerah itu, penyertaan harus merupakan projek IDM yang dihasilkan pelajar politeknik sepenuh masa. Ia juga harus disiapkan dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh pembukaan permohonan.



Pelajar boleh mengemukakan permohonan melalui politeknik masing-masing pada akhir April setiap tahun, bermula 2017.



Ia boleh merupakan projek individu atau kumpulan dan boleh dilaksana sebagai sebahagian atau di luar kursus pengajian. Sesebuah kumpulan tidak harus mempunyai lebih enam anggota dan mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang warga Singapura.



Setiap tahun lima projek akan dipilih sebagai pemenang, dengan masing-masing menerima $1,000.



Projek akan dinilai berdasarkan kriteria yang termasuk potensi kesannya ke atas visi Negara Bijak Singapura, yang bertujuan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kehidupan rakyat, serta kecekapan teknikal dan kemahiran penyampaian pelajar.



Seramai 4,726 pelajar, termasuk 112 pelajar dewasa, menamatkan pengajian di Politeknik Republic tahun ini. Ini kohort terbesar sejak politeknik itu dibuka pada 2002.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >