Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah bintang Michelin bagi restoran Dubai milik bersama warga SG

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



BIARPUN 11 Woodfire di Dubai baru dibuka awal tahun ini, restoran milik bersama cef asal Singapura, Akmal Anuar, itu sudah berupaya mengukir nama dalam senarai bintang-bintang restoran antarabangsa yang lebih mapan.



Restoran 11 Woodfire baru-baru ini diberi anugerah berprestij 'One Michelin Star' oleh Michelin Guide (setiap satu bintang yang dianugerah melambangkan tahap kecemerlangan kulinari).



Michelin Guide merupakan siri panduan saranan tempat makan yang dihasilkan syarikat tayar Perancis, Michelin, sejak 1900.



Ia memberikan anugerah sehingga 'Three Michelin Stars' bagi tempat makanan yang terpilih.



Anugerah itu boleh ditarik balik jika mutu tidak dikekalkan. Jatuh bangun sesebuah restoran juga boleh disebabkan oleh pemberian atau penarikan balik anugerah tersebut.



Bagi Cef Akmal, 40 tahun, anugerah itu merupakan hasil titik peluh beliau dan pasukannya.



"Bagi saya ia hasil titik peluh sepanjang kerjaya serta pengorbanan merantau dan menjelajah. Ia juga anugerah yang sungguh bermakna bagi kami memandangkan restoran kami menyediakan sajian halal, tidak menawarkan alkohol dan tidak terletak dalam ruang bangunan hotel," kata Cef Akmal ketika dihubungi baru-baru ini.



Restoran 11 Woodfire, yang terletak di Jumeirah, Dubai, menawarkan konsep makanan panggang (BBQ moden).



Restoran itu merupakan kerjasama antara Cef Akmal dengan rakan niaga dari New York, Encik Ahmass Fakahany, yang juga pemilik Altamarea Group, sebuah kumpulan hospitaliti F&B.



Restoran 11 Woodfire merupakan pelaburan sebanyak 7 juta dirham ($2.6 juta).



Selain 11 Woodfire, Cef Akmal pemilik bersama tiga restoran lain. Restorannya terletak di Dubai, Abu Dhabi dan Sharjah, di Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Watikah bagi 11 Woodfire yang disiarkan dalam Michelin Guide menyebut:



"Gaya industri yang mengikut trend, pencahayaan intim dan rasa santai adalah ciri- ciri utama vila moden yang diubah menjadi restoran menarik di pinggir bandar kediaman Jumeirah. Dapur terbuka dan gril yang besar menjadi lambang restoran itu.



"Terdapat kepelbagaian ramuan global yang mengagumkan serta mutu yang sangat baik, dengan sayur-sayuran, makanan laut dan daging yang dipanggang dengan sempurna di atas kayu oak, hickory atau jerami, yang setiap satu memberikan rasa tersendiri.



"Pasukan dapur yang berbakat ini berpengalaman dalam memastikan segalanya kekal mudah, meningkatkan hidangan yang dimasak dengan rasa rempah ratus yang baik."



Dalam majlis anugerah Michelin yang berlangsung di Dubai baru-baru ini, sehingga 11 restoran di bandar itu telah dianugerahkan bintang Michelin.



Dua restoran diberi pengiktirafan dua bintang, sembilan lagi mendapat satu bintang dan 14 menerima anugerah Bib Gourmand (bagi restoran yang menawarkan nilai yang baik).



Selain anugerah 'One Michelin Star' bagi restoran 11 Woodfire, sebuah lagi restoran Cef Akmal, Goldfish, diberi anugerah Bib Gourmand.



Bagi Cef Akmal, kejayaan itu tidak mungkin boleh menjadi kenyataan tanpa sokongan kukuh isterinya, Cik Inez Tantyana, yang telah setia bersamanya sepanjang beliau 'jatuh bangun'.



Beliau turut mengiktiraf 45 anggota pasukannya yang terdiri daripada 15 negara berbeza.



"Sumbangan orang kanan saya Cef Su Kok Chuen juga perlu diiktiraf," kata Cef Akmal.



Beliau berharap kejayaan pasukannya itu dapat mendorong yang lain untuk mencapai kecemerlangan.



"Saya percaya jika kita penuh motivasi, berupaya bekerja keras, sedia berkorban dan tidak buat kerja separuh jalan, kita boleh berjaya," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >