Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Pembelajaran SkillsFuture sektor tenaga dilancar

Jun 28, 2016 | 11:43 AM



SEBUAH Anugerah Pembelajaran SkillsFuture baru telah dilancarkan bagi menyokong profesional dari awal hingga pertengahan kerjaya dalam sektor tenaga untuk meningkatkan kemahiran kejuruteraan tenaga mereka.



Disokong oleh Kesatuan Sekerja Pekerja Tenaga dan Gas, anugerah pembelajaran itu bertujuan memupuk teras pekerja warga Singapura yang kukuh dalam tenaga kerja sektor tenaga, umum Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dalam satu kenyataan media pada Selasa (28 Jun).



Sebanyak 30 anugerah pembelajaran akan disediakan kepada calon layak. Permohonan dibuka mulai Jumaat (1 Julai).



Pemohon berjaya akan menerima anugerah bebas bon sebanyak $5,000 yang boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan latihan bagi kursus kejuruteraan berkaitan.



Ini merangkumi daripada Sijil ITE Nasional (Nitec) lebih tinggi kepada diploma dan program ijazah bagi kursus relevan oleh penyedia latihan seperti Institut Tenaga dan Gas Singapura.



Ketua Eksekutif EMA, Encik Ng Wai Choong, berkata beliau berharap profesional teknikal dalam sektor tenaga akan mengambil peluang ini untuk lebih menguasai kemahiran bagi kekal relevan dan membantu seterusnya industri tersebut.



"Ada perkembangan baru dan menarik dalam sektor tenaga, daripada pengembangan Terminal Gas Asli Cecair, penggunaan semakin meningkat tenaga solar kepada keperluan mengurangkan cabaran keselamatan siber ke atas sistem tenaga," katanya.



Anugerah Pembelajaran SkillsFuture, yang ditadbir oleh agensi utama berbeza pemerintah yang menyelia sektor masing-masing, adalah anugerah kewangan untuk membantu rakyat Singapura melengkapkan diri dengan kemahiran.



Maklumat lanjut mengenai kriteria kelayakan dan kursus yang disokong boleh didapati di laman web Anugerah Pembejaran SkillsFuture, www.skillsfuture.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >