PERSATUAN Hira buat kali pertama memberi anugerah pendidikan kepada lima pelajar anak penagih dadah dan golongan berisiko tinggi bagi mengiktiraf kejayaan akademik dan usaha mereka keluar daripada lingkaran musibah yang membelenggu keluarga mereka.
Tiga anugerah peringkat ijazah diberi kepada dua adik-beradik, Encik Ariff Hamdan Ramlan, pelajar perakaunan gunaan di Institut Pendidikan Tinggi Kaplan (KHEI), dan Cik Darliyana, mahasiswa ekonomi di SIM Global Education; serta Encik Muhammad Aref Kamarudin, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan bakal memulakan kursus ijazah sarjana muda kejuruteraan sekitaran di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).