BIASANYA, orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu setelah sibuk bekerja pada Isnin hingga Jumaat, tetapi kisahnya sangat berbeza bagi Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid, 34 tahun.
Beliau akan memandu ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu untuk menghadiri kelas demi mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia.