Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah SCDF bagi pekerja asing yang bantu pindahkan penghuni rumah terbakar

Nov 30, 2016 | 03:21 PM



DUA pekerja asing yang memanjat pintu rumah yang sedang terbakar untuk memberi amaran kepada penghuninya diberi anugerah pada Rabu (30 Nov) bagi tindakan mereka yang tidak mementingkan diri sendiri.



Kebakaran pada 10 Nov itu menghanguskan sebuah banglo dua tingkat di Sunset Place .



Api yang bermula pada kira-kira 5.30 petang itu mungkin berpunca daripada petir.



Dalam satu pos Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata Encik Rengasamy Kabilarasan dan Encik Marudapillai Jayavelu diberi Anugerah Semangat Kemasyarakatan SCDF pada pagi Rabu.



Mereka sedang bekerja di Sunset Place apabila api meletus di tingkat dua banglo di seberang jalan.



Jiran-jiran memberitahu media sebelum ini bahawa mereka cuba memanggil pemilik rumah itu dan pembantu rumahnya dari luar pintu pagar, tetapi gagal mendapat perhatian mereka.



"Bertindak mengikut naluri, dua pekerja asing itu segera berlari ke sana, memanjat pintu untuk memasukkan premis tersebut, memberitahu penghuninya dan dengan cepat memindahkan mereka ke tempat selemat," kata SCDF.



"Tindakan berani mereka membantu mengelakkan sembarang kehilangan nyawa dalam api yang menyemarak itu."



Anugerah tersebut disampaikan kepada mereka oleh pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Bukit Timah, Cik Michelle Liem, di Ibu Pejabat Divisyen 1 SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >