Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, menyusuli kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat.
Dalam satu pos Facebook pada Ahad, Datuk Anwar berkata beliau berharap Singapura akan terus makmur di bawah kepimpinan Encik Tharman.
“Mendoakan agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, selain mengharapkan Singapura terus makmur dan sejahtera di bawah kemudi beliau.
“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baru Republik Singapura!” katanya.
Ucapan tahniah turut diberi kepada Encik Tharman menerusi akaun Instagram Datuk Anwar.
Sebelum ini beberapa pemimpin negara, termasuk dari Amerika Syarikat, India dan Ukraine, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman Shanmugaratnam atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden 2023.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 September, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, berkata Washington dan Singapura berkongsi kerjasama yang teguh dan kukuh buat sekian lama.
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk
Bermula dengan mengongsikan video ‘cover’ lagu nyanyiannya di media sosial secara spontan di cerita Instagram, Faiz Zikry Abdul Fattah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Faiz Zikry, 24 tahun
Oleh Dr Nur Farhan Mohammad Alami
Ini kisah ‘Encik Ali’, seorang duda berusia 76 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang tinggal berdekatan. Beliau tinggal sendirian di flat tiga bilik HDB
Apabila ternampak tajuk lagu ini, penulis sudah bersiap sedia mendengarkan lagu berentak dangdut.
Terkejut juga apabila ia bukannya lagu dangdut, sebaliknya merupakan gabungan beberapa rentak dan gaya
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Encik Tharman, 66 tahun, yang merupakan bekas menteri kanan, bakal menjadi ketua negara kesembilan setelah kemenangan besar dalam undian pada Jumaat.
Beliau mengaup 70.4 peratus undi, mengatasi 15.72 peratus dan 13.88 peratus yang diraih masing-masing oleh calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian.
Encik Tharman bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden di Istana pada 14 September ini.
Tahniah kepada mantan Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihanraya Presiden Republik...
Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, September 2, 2023