Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Irene Ng umum undur diri

Aug 13, 2015 | 12:54 PM



ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Tampines, Cik Irene Ng, yang telah berkhidmat selama tiga penggal mengumumkan bahawa beliau akan mengundur diri dan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang hari ini.


Cik Ng yang berkhidmat sebagai AP bagi wad Changkat di GRC Tampines berkata beliau telah bertanya Perdana Menteri Lee Hsien Loong tahun lalu sama ada beliau boleh mengundur diri bagi memberi laluan kepada bakat baru.


Cik Ng yang menyertai politik pada 2001, berkata beliau gembira dan menganggapnya satu penghormatan dapat berkhidmat dan beliau bangga menjadi sebahagian parti politik yang memperjuangkan nilai penting seperti keadilan sosial, kesatuan berbilang bangsa dan peluang sama bagi semua orang.


Cik Ng dikatakan akan diganti oleh Encik Desmond Choo, yang merupakan timbalan pengarah di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).


Encik Choo sebelum ini bersaing dengan calon Parti Pekerja (WP), Encik Yaw Shin Leong, di kawasan undi perseorangan (SMC) Hougang semasa pilihan raya pada 2011 dan dalam pilihan raya kecil di SMC itu pada 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >