Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Liang Eng Hwa kembali bertugas lepas radioterapi barah hidung selesai

Sep 15, 2023 | 07:07 PM



Anggota Parlimen (AP) kawasan undi perseorangan Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa, telah selesai menjalani rawatan radioterapi bagi barah hidung, dan akan kembali meneruskan kegiatannya secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.

Dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat, Encik Liang, 59 tahun, berkata beliau telah menamatkan sesi rawatan terakhirnya di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) dan tempoh lapan minggu yang dilaluinya “sangat mencabar”.

Encik Liang mengumumkan tentang penyakitnya pada 26 Julai – satu penemuan hasil lawatan ke doktor telinga, hidung dan tekak selepas berbulan-bulan pendengaran di telinga kirinya terjejas.

Beberapa siri ujian dan imbasan mengesahkan beliau menghidapi barah hidung peringkat awal, yang menyebabkannya menjalani rawatan radioterapi setiap hari selama tujuh minggu.

Encik Liang telah menjalani 33 sesi secara keseluruhan, dan memuji pasukan NCCS bagi usaha mereka merawat dan menjaga setiap pesakit barah.

Ahli Parlimen itu, yang menganggotai dua jawatankuasa parlimen pemerintah (GPC) – mempengerusikan GPC Kewangan serta Perdagangan dan Perusahaan, dan menganggotai GPC Tenaga Manusia – berkata beliau akan meneruskan tugasnya secara berperingkat sambil terus menguruskan kesan sampingan radiasi.

Semasa ketiadaan beliau, AP GRC Holland-Bukit Timah – Dr Vivian Balakrishnan dan Encik Edward Chia – memangku tugasnya di Bukit Panjang.

Dalam kenyataan di Facebook beliau, Encik Liang mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua AP itu, sukarelawan akar umbi, rakan kongsi komuniti serta rakan sekerja yang membantu dalam memikul tanggungjawab semasa ketiadaan beliau.

“Akhir sekali, saya berasa bertuah kerana mendapat sokongan padu dan kasih sayang daripada keluarga dan rakan-rakan saya; dan saya amat berterima kasih kepada isteri saya yang berada di sisi dan merempuhi perjalanan sukar ini bersama saya,” katanya.

“Pada masa sama, saya berasa bak dikurniakan permulaan kehidupan baru. Saya akan lebih menghargai apa yang saya ada dan menumpukan kehidupan baru saya untuk memberikan kesan lebih positif kepada orang lain.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >