ANGGOTA Parlimen (MP) Parti Pekerja (WP) yang didapati bersalah dalam penghakiman Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi bulan lalu akan memfailkan rayuan, kata Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) di Parlimen semalam.
Cik Lim yang juga merupakan Pengerusi WP berkata usul yang telah difailkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat menyeru Parlimen memberi perhatian terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi itu ialah "pramatang".