AP saran beri penghormatan kepada mendiang Lee

BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) akan meminta Pemerintah untuk menimbangkan bagaimana Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, boleh diberi penghormatan apabila Parlimen bersidang Isnin ini.

Antara saranan merupakan dua usulan daripada Cik Foo Mee Har (GRC West Coast).

Beliau mencadangkan supaya Singapura mempunyai Hari Pengasas "untuk menyediakan peluang bagi rakyat Singapura mengingati awal-awal tahun perjuangan negara".

Saranan beliau yang lain, yang turut diketengahkan oleh Dr Lily Neo (GRC Tanjong Pagar), ialah untuk menghasilkan duit syiling dan kertas yang mempunyai imej Encik Lee.

Kededua Dr Neo dan Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong) juga mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong meminta pemerintah menimbangkan menamakan semula Lapangan Terbang Changi dengan nama Encik Lee.

Encik Lee meninggal dunia pada 23 Mac lalu pada usia 91 tahun.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.