Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG CAMPUR TANGAN ASING (LANGKAH TINDAKAN BALAS)

AP setuju perlu ada benteng lindungi SG dari campur tangan asing

Turut ketengahkan keprihatinan termasuk pastikan ketelusan dalam kuatkuasakan undang-undang agar kestabilan politik negara tidak terjejas
ap MP
Oct 05, 2021 | 05:30 AM



ISU campur tangan asing merupakan masalah rumit, terutama dengan kuasa teknologi baru yang berleluasa sejak kebelakangan ini.



Justeru, timbul keperluan untuk mengurangkan risiko campur tangan tersebut dalam politik negara, menurut beberapa Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) di Parlimen semalam.



Membahaskan Rang Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas), juga dikenali sebagai Fica, AP dan NMP akui pentingnya benteng bagi Singapura melindungi dari 'musuh' luar.



Namun pada masa yang sama, mereka turut ketengahkan beberapa keprihatinan termasuk memastikan ketelusan dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut supaya kestabilan politik negara tidak terjejas.



Pengaruh luar memang tidak dapat dielakkan terutama sekali sebagai negara kecil yang kosmopolitan, namun rang undang-undang tersebut memberikan pemerintah kuasa untuk memantau dan mengehadkan aktiviti mana-mana pihak, kata Encik Louis Ng (GRC Nee Soon).



"Matlamatnya adalah untuk mengurangkan gangguan luar dari politik negara, dan saya setuju memang kita perlu bimbang tentang gangguan ini.



"Namun pada masa yang sama, penting untuk memastikan keadilan dan ketelusan dalam cara kita mengehadkan aktiviti warga Singapura yang lain. Menguatkuasakan sekatan dengan cara yang salah boleh menjejas kepercayaan dan kestabilan politik negara," kata Encik Ng.



Keprihatinan tersebut turut dikemukakan Dr Shahira Abdullah (Anggota Parlimen Dilantik), yang telah mengemukakan saranan supaya kriteria dan definisi perkataan atau konsep tertentu diperjelas dalam rang undang-undang itu, contohnya kriteria dalam menentukan Individu Penting Dari Segi Politik (PSP).



"Terdapat sebahagian anggota masyarakat, contohnya, anggota akademia dan pelajar institut pengajian tinggi yang amat prihatin tentang perkara ini.



"Universiti merupakan hab maklumat dan pengetahuan global yang mempunyai banyak hubungan dengan pihak asing disebabkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama rentas sempadan.



"Mereka khuatir kerja-kerja yang dilakukan yang mungkin menyentuh tentang isu politik tempatan kompleks dan hubungan mereka dengan universiti dan yayasan luar negara, bermakna mereka menghadapi risiko melanggar undang-undang," kata Dr Shahira.



Namun, menurut Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), isu campur tangan asing bukan sesuatu yang baru dan merupakan ancaman yang semakin meningkat dihadapi negara-negara seluruh dunia, dan Singapura tidak terkecuali.



Jika ia diluluskan, Fica membolehkan pihak kementerian mengambil langkah strategik terhadap dalang atau orang tengah yang menjadi "musuh dalam selimut dalam negara".



Tambahnya, akta tersebut bertujuan memperkukuhkan lagi perpaduan antara warga Singapura dan kepercayaan bersama pemerintah.



"Proses yang disarankan dalam Akta ini amat munasabah. Ini memandangkan keadaan mendesak untuk mencegah aktiviti campur tangan oleh pihak asing dan akibat buruk pada negara dan warga kita jika aktiviti campur tangan tersebut berjaya diteruskan.



"Dengan cara ini, tiada gunting dalam lipatan yang dapat memecah belahkan masyarakat majmuk kita," katanya.



Rang undang-undang tersebut juga bertujuan memastikan semua idea yang masuk dalam arena politik Singapura melalui ruang yang terbuka dan bukan secara tersembunyi di bawah selindung teknologi atau kepura-puraan, kata Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade).



Menyentuh tentang saranan beberapa AP tentang kurangnya sesi rundingan dengan warga dalam membentuk rang undang-undang tersebut, Encik Seah menekankan bahawa mereka perlu sedar bahawa ia sebenarnya sudah lama dibincangkan selepas mengadakan rundingan dan perbincangan.



"Rang undang-undang merupakan 'pedang' supaya kita bersedia menghadapi mereka yang ingin menyerang. Ia satu respons serta langkah tindak balas ke atas serangan, serangan yang saya pasti akan tiba.



"Untuk itu, lebih awal kita bersedia untuk menghadapinya, lebih baik," katanya.



Sehubungan dengan itu, Encik Daryl David (GRC Ang Mo Kio) berkata meskipun rang undang-undang tersebut tidak sempurna, ia tetap perundangan yang berguna untuk membantu melindungi Singapura dari campur tangan asing.



"Perdebatan tentang Fica mungkin membelah bagikan, namun kita tidak seharusnya membiarkan perdebatan tentang bentuk akta atau politik parti mengalihkan perhatian kita daripada tujuan sebenar akta tersebut.



"Akta ini disasarkan untuk melindungi negara kita dari campur tangan asing yang mungkin menjejas kestabilan masyarakat atau merosakkan keutamaan nasional Singapura," ujarnya.



Sebelum ini, petisyen yang dikemukakan anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) Leong Mun Wai untuk menangguhkan perbahasan tentang rang undang-undang tersebut ditolak, dengan Parlimen mengundi untuk meneruskan perdebatan tentang akta tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >