TENAGA kerja Singapura perlu dipersiap bagi masa depan, lebihlebih lagi dalam suasana ekonomi dunia yang mencabar sekarang, kata beberapa Anggota Parlimen (AP) semalam.
Beberapa AP menyentuh isu itu dalam sidang Parlimen bagi membahaskan ucapan Presiden Tony Tan Keng Yam di pembukaan Parlimen pada 15 Januari lalu.