Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata Dr Maliki mengenai...

Jun 23, 2016 | 05:30 AM



ANCAMAN PENGGANASAN



SEPERTI yang dikatakan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam ucapannya semasa sesi pleno kelima Dialog Shangri-La (SLD) 2016, pengganasan ekstremis dalam bentuk kini, dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menerajuinya, merupakan "arus lebih dalam dan kuat" daripada apa yang kita lihat sebelum ini.



Meskipun ISIS telah mengalami kekalahan baru-baru ini, ia terus menjadi ancaman serius. Malah, ISIS telah berupaya merekrut lebih ramai pesimpati dan kumpulan Asia Tenggara berbanding Al-Qaeda dalam sedekad lalu.



Lebih 1,000 individu di Asia Tenggara telah pergi ke Iraq dan Syria, dan ramai telah mempelajari bagaimana mengendalikan bahan letupan dan terlibat dalam pertempuran bersenjata. Ramai daripada mereka akan kembali dan boleh cuba menubuhkan sebuah pemerintahan khalifah di rantau kita.



Baru-baru ini pada bulan lalu, ISIS telah mendedahkan video propaganda dalam bahasa Indonesia, menampilkan unit pertempuran Asia Tenggara, Katibah Nusantara, supaya dapat menyasar Asia Tenggara secara jelas. Ramai individu lain juga bertindak menggunakan nama ISIS tanpa pernah pergi ke Timur Tengah.



Serangan pengganas baru-baru ini di serata dunia mengingatkan kita bahawa ISIS dan kumpulan yang serupa boleh mengganggu cara kehidupan kita dengan teruk. Mereka bukan hanya satu ancaman pada keselamatan fizikal kita, malah boleh menjejas keharmonian kaum dan agama.



Di SLD, ramai menteri pertahanan menyentuh tentang bagaimana negara mereka dapat pulih setelah berlakunya serangan pengganas dan mengongsi pengajaran penting, sementara yang lain membincangkan bagaimana negara Islam moderat boleh memerangi ideologi radikal.



Kami juga membincangkan bagaimana tentera kami boleh dan harus bekerjasama dengan rapat untuk membina respons bersama, menggabungkan sumber dan memperkukuh perisikan, pengawasan dan usaha peninjauan, demi melengkapi usaha melawan pengganasan dan kerjasama antara agensi penguatkuasaan undang-undang.



Walau bagaimanapun, sementara pemimpin negara berusaha memperkukuh kerjasama antarabangsa demi melawan pengganasan melangkah ke hadapan, penting bagi setiap rakyat Singapura mengenali bahawa mereka mempunyai peranan penting yang boleh dimainkan dalam melawan ancaman ini.



Rakyat Singapura perlu terus bekerjasama demi memperkukuh perpaduan sosial dan daya ketahanan masyarakat terhadap penyebaran ekstremisme.



HUBUNGAN SINGAPURA-AMERIKA



Singapura dan Amerika Syarikat mengongsi hubungan dua hala yang kukuh dan hubungan strategik yang rapat dan lama.



Hubungan pertahanan kami juga luas dan semakin berkembang.



Dalam masa di mana mereka perlu meninggalkan Pangkalan Udara Clark dan Subic di Filipina, Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman 1990 bersama Amerika, memberi akses kepada pesawat pertahanan dan kapal Amerika ke pelabuhan Singapura, justeru memudahkan kehadiran berterusan Amerika di rantau ini.



Persetujuan Rangka Kerja Strategik 2005 memperdalami lagi hubungan antara Amerika dan Singapura, dan mengiktiraf Singapura sebagai 'Rakan Kerjasama Keselamatan Utama' Amerika.



Baru-baru ini pada Disember 2015, kami mempertingkat hubungan pertahanan kami menerusi Persetujuan Kerjasama Pertahanan dipertingkat, yang memperluas skop kerjasama dua hala dalam bidang seperti melawan pengganasan dan penyebaran (ideologi ganas), pertahanan siber serta biokeselamatan.



Singapura percaya kehadiran Amerika penting bagi keamanan, kemakmuran dan kestabilan di Asia-Pasifik, dan ia memperkukuh undang-undang, norma dan prinsip antarabangsa.



Oleh itu, Singapura memudahkan pengerahan bergilir Kapal Pertempuran Littoral (LCS) Amerika dan pesawat P-8 Poseidon kerana pengerahan itu menunjukkan komitmen Amerika akan kekal terlibat dalam Asia-Pasifik.



Singapura juga percaya Amerika memainkan peranan penting dalam mengukuhkan reka bentuk keselamatan rantau yang teguh menerusi sumbangannya dalam platform seperti SLD dan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean-Plus.



Platform ini membantu menggalak persefahaman lebih besar, membina keyakinan, dan menerusi latihan dan pertukaran, memupuk hubungan antara pertahanan yang stabil dalam kalangan pihak berkepentingan utama di rantau.



HUBUNGAN SINGAPURA-JERMAN



Singapura dan Jerman mengongsi hubungan pertahanan yang kukuh dan semakin tumbuh.



Kami sedar Menteri Pertahanan Jerman, Dr Ursula von der Leyen, menggambarkan Singapura sebagai 'rakan utama' bagi Jerman apabila beliau mengunjungi Singapura untuk SLD 2015.



Beberapa negara Eropah, seperti Perancis dan Belgium, telah mengalami serangan pengganas yang diterajui kumpulan yang diarah atau menerima inspirasi daripada ISIS.



Sementara Jerman tidak mengalami serangan serupa, kami percaya terdapat banyak perkara Singapura boleh dipelajari daripadanya mengenai mengurangkan ancaman kumpulan dan individu radikal, termasuk memahami modus operandi dan teknik mereka.



Negara-negara kami juga boleh mengongsi perisikan dan amalan terbaik dalam menangani pejuang asing yang kembali ke negara asal serta dalam bidang membebaskan mereka daripada ideologi radikal.



Singapura dan Jerman sedang memperkukuh kerjasama pertahanan kami.



Jerman telah memudahkan latihan perisai Angkatan Bersenjata Singapura sejak 2009 dan kedua-dua tentera melaksanakan latihan penembakan 'Main Battle Tank' dua hala yang kerap, dengan latihan itu baru-baru ini diadakan pada April 2016 di Kawasan Latihan Pertahanan Oberlausitz (OMTA), Jerman, sebagai sebahagian daripada Latihan Panzer Strike.



Ia merupakan kali pertama SAF berlatih di OMTA, yang saiznya adalah seperempat Singapura.



Kami juga sedang meneroka bidang baru bagi kerjasama lanjut seperti menggabungkan latihan udara-darat semasa latihan, memperkembang interaksi dalam bidang latihan kapal selam dan keselamatan kelautan, dan kemungkinan mengongsi kemahiran dan pengalaman dalam analisis imej.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >