Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata Duta Bahasa...

Oct 26, 2023 | 06:43 PM



“Saya berkesempatan menjadi juri peraduan bercerita dan turut menjadi pencerita di perpustakaan. Pasangan-pasangan yang pernah saya nikahkan turut hadir bersama anak mereka untuk sesi bercerita saya. Penting untuk kita timbulkan minat orang ramai dalam menggunakan bahasa Melayu dan mengenal jati diri kita sebagai orang Melayu.”

  • Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim, 37 tahun, pegawai eksekutif di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.






“Saya melihat bahawa kecekapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda semakin kurang. Saya selalu berkata kepada mereka, ‘tak sempurna tak apa, yang penting cuba’. Dengan membaca, kita dapat memperbaiki penggunaan bahasa Melayu kita.

  • Cik Nursha Ismail, 36 tahun, penyiar televisyen dan juga Duta Kebaya bersama Lembaga Warisan Negara (NHB).






“Sebelum saya menjadi Duta Bahasa, saya sudah menjadi Duta Budaya. Ia tanggungjawab yang cukup berat tetapi saya tetap teruskan. Ini merupakan detik penting dalam hidup saya. Kita boleh membuka peluang untuk mereka yang kurang menggunakan bahasa Melayu untuk mula menggunakannya. Walaupun kita biasa menggunakan bahasa lain, kita tidak harus biasa-biasakan (terus gunakan bahasa lain dan bukan bahasa Melayu).”

  • Hanafi Idrus atau Afi Hanafi, 38 tahun, pengasas bersama Orkestra Sri Temasek, yang dibangunkan bersama Pengarah Muzik, Encik Muhammad Firdaus Mohd, juga Duta Bahasa.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >