Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

APA KATA PESERTA

Kepelbagaian di kalangan kita kian ketara dalam dunia yang bak 'mengecil', disebabkan penyejagatan dan penularan media sosial dalam hidup harian. Isu ini menjadi bahan yang dikupas sekumpulan pelajar dan pemimpin negara dalam Forum Belia Berita Harian (BH) baru-baru ini. NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) dan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) melaporkan.
Feb 05, 2017 | 12:00 AM



YAKIN DENGAN NILAI BUDAYA SENDIRI



“Kita ada nilai kita sendiri yang menyerlah. Tetapi kita mesti ada keyakinan diri. Jangan fikir budaya Timur kita budaya yang kurang tinggi. Sebenarnya orang lain sangat kagum dengan sopan santun kita dan kebaikan kita. Kita menang dalam diam, bukan menang dengan riuh. Walaupun kadangkala kita perlu mengalah, tidak bermakna kita kalah. Tetapi masalah kita ini, kita tidak ada keyakinan. Kita rasa diri kita lebih rendah daripada budaya lain.”
– Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengenai cara menangani kepelbagaian budaya dalam sekitaran global di sekolah atau tempat kerja.




USAH GENTAR DENGAN PERSAINGAN PERINGKAT GLOBAL



“Anak muda kita harus yakin menghadapi cabaran dan persaingan di peringkat global. Kita ingin anak muda kita berfikiran global dan sedar bahawa mereka tidak menghadapi persaingan di negara sendiri sahaja. Apa yang membezakan pekerja Singapura dengan pekerja di negara lain adalah terdedahnya kita kepada ekonomi global. Saya rasa ini penting sekali.”
– Encik Zaqy Mohamad, mengenai mendedahkan anak muda kepada sekitaran global.




TANGANI KEPELBAGAIAN DENGAN ADAB



“Isu kepelbagaian ini bukan isu baru kerana perbezaan pandangan wujud dalam masyarakat terdahulu. Kalau kita baca sejarah dalam pelbagai bidang, kepelbagaian pandangan itu sangat ketara. Tetapi apa yang saya prihatin adalah apakah masyarakat dapat menangani kepelbagaian ini dengan adab, walaupun mereka akhirnya tidak boleh bersetuju dengan sesuatu perkara.”
– Encik Muhammad Arif Muhammad Khairul Tan, 24 tahun, mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




TIMBANG BAIK BURUK MEDIA SOSIAL



“Ada pengguna yang terlalu asyik mengikuti kehidupan pengguna lain tetapi saya tidak suka membuang masa melakukan sesuatu yang tidak perlu. Jika anda menimbangkan baik buruk media sosial, anda akan dapati ada lebih banyak buruk daripada baiknya.”
– Cik Dinie Kartika Asrie Omar, 26 tahun, lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), yang berkata beliau tidak menyimpan akaun media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram kerana meluat pada elemen negatif yang terpaut pada media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >