RAKAN duet penyanyi setempat Sufie Rashid (Sufi) (kiri) di peringkat separuh akhir Akademi Fantasia (AF) 2015, Aisyah Aziz (kanan), menganggap pemuda itu sebagai penghibur semula jadi.
Kekuatan vokal di samping kehadiran pentasnya yang mampu membuat penonton menari atau menangis bersamanya dirasakan seperti perisai dan pedang dalam perjuangan sengit di peringkat akhir AF, Ahad ini.