Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Api jilat pasar, kedai kopi di Jurong West, 300 penduduk dipindahkan

Oct 11, 2016 | 08:32 AM



SATU kebakaran besar melanda sebuah kedai kopi dan pasar basah di Blok 493, Jurong West Street 41, pada awal pagi Selasa (11 Okt), memaksa kira-kira 300 penduduk dari blok sekitarnya dipindahkan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam laman Facebook ia dimaklumkan mengenai "satu kebakaran besar" pada kira-kira 2.45 pagi dan mengerahkan tiga kereta bomba, empat Red Rhino, tujuh kenderaan sokongan dan empat ambulans.



Ia mendapati pasar dan kedai kopi di blok itu sedang dijilat api sepenuhnya dan segera mengerahkan enam jet air dan alat memadam kebakaran dari udara.



"Semasa api memuncak, bumbung pasar basah itu runtuh dan tembok luar sebuah kedai kopi di Blk 494, yang secara langsung menghadapi api yang sedang membara, terbakar," tambah SCDF.



Api berjaya dipadamkan menjelang 4.15 pagi dan operasi melembapkan tapak kebakaran sedang dijalankan.



Dianggarkan 300 penduduk dari blok sekitar dipindahkan oleh pegawai polis dan SCDF, dengan penduduk secara bertahap dibenarkan pulang ke rumah mereka.



Walaupun tiada sebarang kecederaan, seorang wanita berusia 60-an tahun mengalami kesukaran bernafas semasa pemindahan itu dan dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong.



Punca kebakaran sedang diiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >