Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi baru kongsi teksi dilancar esok

Nov 04, 2015 | 11:39 AM



SEBUAH aplikasi pengangkutan baru berjanji akan menempahkan teksi bagi penumpang di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) pada waktu sibuk dengan lebih cepat dan tambah lebih rendah, jika penumpang berkongsi teksi dengan orang lain.


Aplikasi 'Pair Taxi' itu, yang akan dilancarkan esok, memadankan hingga tiga penumpang di sesebuah perhentian teksi dengan sebuah teksi, bagi destinasi yang jaraknya dua kilometer antara satu sama lain.


Perkhidmatan itu akan bermula pada waktu petang di dua perhentian teksi di kawasan Tanjong Pagar - di International Plaza dan Capitol Tower.


Terdapat rancangan meluaskannya ke hingga 20 lokasi dalam CBD kemudian, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (4 Nov).


Lebih 100 pemandu teksi telah mendaftar dengan Pair Taxi setakat ini.


Penumpang boleh memuat turun aplikasi itu mulai esok. Mereka boleh mendaftarkan tempahan teksi dan destinasi mereka ke dalam alikasi itu, yang kemudian akan memadankan mereka dengan penumpang lain di dua perhentian teksi tersebut.


Dr Andy Zheng, pengarah urusan Aspiring Citizens Cleantech, syarikat baru yang menghasilkan aplikasi tersebut, berkata aplikasi lain memberi tumpuan pada peningkatan bekalan, tetapi Pair Taxi memberi tumpuan pada meningkatkan kecekapan.


Pair Taxi menyediakan insentif bagi pemandu dan penumpang, kata beliau.


Di bawah sistem kongsi tambang aplikasi tersebut, tambang perjalanan yang dikongsi dua penumpang boleh menjadi murah hingga 50 peratus, dan sehingga 66 peratus jika dikongsi tiga penumpang.


Pemandu teksi pula berpeluang mendapat antara $2 dan $5 lebih banyak bagi sesuatu perjalanan.


Bayaran dibuat dalam aplikasi melalui kad kredit.


Jika penumpang tidak dapat dipadankan dengan penumpang lain, teksi akan tetap didapatkan tetapi tambang biasa dikenakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >