Aplikasi khidmat perbandaran dilancar

SITI AISYAH NORDIN

PEJABAT Perkhidmatan Perbandaran (MSO) telah melancarkan aplikasi telefon bijak bagi memudahkan rakyat Singapura membuat aduan tentang isu-isu perbandaran.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga ketua MSO, Cik Grace Fu telah melancarkan aplikasi OneService itu secara rasmi di acara 'Clean Up South West' di Bukit Panjang Sunshine RC, pagi tadi.

Cik Fu bertanggungjawab memimpin MSO.

Menerusi aplikasi tersebut, rakyat Singapura boleh mengetengahkan pelbagai isu perbandaran antaranya termasuk isu binatang liar, kebersihan serta 'jalan raya dan laluan pejalan kaki.

Kategori-kategori tersebut merupakan kebimbangan rakyat yang lazim dilaporkan.

Aplikasi itu juga dapat memudahkan agensi di bawah MSO seperti Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), agensi air negara PUB dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberikan respons lebih cepat terhadap isu-isu tersebut.

Rakyat Singapura boleh memuat turun aplikasi OneService secara percuma dari Apple App Store dan juga Google Play Store.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.