Aplikasi tempah naik 'mesra teksi' mungkin diperkenal di Singapura

SATU lagi aplikasi tempah naik - Karhoo - akan diperkenal di Singapura.

Bagaimanapun, daripada bersaing dengan teksi, Karhoo, yang berpangkalan di York dan London, mahu bekerjasama dengan pengendali teksi.

Dimulakan oleh seorang usahawan British, Daniel Ishag, Karhoo sudah lama berunding dengan kebanyakan syarikat teksi di Singapura untuk mewujudkan sebuah laman atau program pengumpulan maklumat (aggregator) perjalanan yang boleh dimanfaatkan penumpang.

Ini diberitahu Encik Ishag, 41 tahun, kepada akhbar The Straits Times melalui e-mel.

Aplikasi Karhoo membolehkan penumpang mendapatkan teksi atau kereta sewa privet pelbagai syarikat, berdasarkan kriteria seperti kos, masa ketibaan dan jenis kenderaan.

Ini berlainan daripada aplikasi tempah naik seperti Uber dan GrabTaxi yang hanya bagi kereta sewa privet.

ComfortDelGro Corp, pengendali teksi terbesar dengan hampir 60 peratus daripada 28,500 teksi di sini, memberitahu akhbar itu pada Isnin (26 Okt) ia "sedang berunding dengan Karhoo mengenai kemungkinan bekerjasama", tetapi perbincangan masih "pada peringkat awal".

Trans-Cab, firma teksi kedua terbesar, juga berkata ia sedang meneroka kerjasama dengan Karhoo.

Begitu juga dengan Prime Taxi, syarikat teksi terkecil.

Namun menurut akhbar itu, Pengarah Urusan Premier Taxi, Encik Lim Chong Boo, berkata kecuali ia menampil satu rancangan bagus, Karhoo "akan menjadi hanya satu lagi Grab atau Uber".

SMRT pula tidak berunding dengan Karhoo kerana ia telah bekerjasama dengan aplikasi Hailo yang berpangkalan di London.

Karhoo berkata ia telah mendaftarkan 200,000 kenderaan di London, New York dan Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.