ALLAHYARHAM Haji Mohamed Ariff Suradi merupakan antara generasi pertama pemimpin politik Melayu Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah berusaha gigih memperjuangkan konsep berbilang bangsa di negara ini.
Bakti Allahyarham membantu penduduk Kampong Kembangan memperbaiki kehidupan mereka semasa zaman awal pembangunan Singapura merupakan antara kunci kejayaannya memenangi kerusi Parlimen bagi pilihan raya umum 1963.