Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Artikel Today mengenai persembahan seni LGBTQ di NTU tukil hujah CEO di luar konteks, boleh disalah anggap: NAC

Oct 06, 2023 | 01:53 PM



Satu artikel akhbar Today menggunakan hujah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Encik Low Eng Teong, dengan cara yang tidak selaras dengan maksud asal dan boleh membuat pembaca salah faham, kata lembaga berkanun itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan pada 5 Oktober itu, adalah kedua yang dikeluarkan oleh NAC minggu ini.

Ia telah mengeluarkan kenyataan pertama pada 1 Oktober, menyusuli artikel Today yang diterbitkan pada 30 September. Artikel tersebut mengenai persembahan seni bertema LGBTQ, yang dikomisyen sempena ulang tahun ke-10 Pusat Seni Kontemporari (CCA) Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Artikel Today itu, yang diterbitkan dengan tajuk “LGBTQ-themed arts performances in public spaces in line with the times: National Arts Council Chief” menampilkan beberapa hujan Encik Low yang ditukil untuk menyatakan pihak awam boleh menjangka lebih banyak persembahan seni bertema LGBTQ pada masa depan.


Namun NAC berkata laporan itu tidak menukil hujah Encik Leow dengan tepat dan boleh menyebabkan salah faham.

“Respons (Encik Low) telah digunakan di luar konteks oleh wartawan dan digabungkan dengan bahagian lain dalam artikel yang ditulis wartawan. Hasilnya, artikel memberikan salah tanggapan, sekurang-kurangnya berhubung bahagian yang menukil atau merujuk kepada Encik Low.”

NAC berkata, Encik Low, yang merupakan tetamu terhormat di acara itu tidak menjawab soalan yang diajukan wartawan Today mengenai persembahan seni LGBTQ di institusi pendidikan dan ruang awam.

“Sebaliknya, Encik Low memberi pengamatan artis sentiasa meneroka dan menghasilkan karya sebagai respons kepada topik dan tema berbeza yang menunjukkan keadaan semasa dan dalam konteks masyarakat pada masa ini.”

Menurut NAC, ia telah meminta penjelasan daripada Today dan akhbar itu telah mengubah tajuk berita. 

Menyusuli itu, Today mengubah tajuk berita artikel itu kepada: “LGBTQ-themed arts performances in public spaces in line with the times, says arts community”.


Satu nota editor juga ditambah di kaki artikel, yang menyatakan: “Artikel ini telah disemak untuk menunjukkan dengan lebih baik pandangan individu yang diwawancara.”

Namun Today turut menerbitkan satu lagi artikel berhubung perkara itu, dengan tajuk “Today memberi respons kepada kenyataan Majlis Seni Kebangsaan, berhubung artikel persembahan seni bertema LGBTQ”.

Ia berkata ia bersetuju mengubah tajuk berita artikel asal kepada tajuk berita yang menunjukkan pandangan lebih luas dan menambah nota editor untuk memberitahu pembaca tentang perubahan itu. 

Today juga mengeluarkan transkrip wawancara Encik Low dengan wartawan, untuk membolehkan pembaca membuat penilaian sendiri.

Pada 5 Oktober, NAC dan NTU masing-masing mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Dalam kenyataannya, NAC berkata transkrip wawancara yang diterbitkan Today menekankan lagi hujahnya dalam kenyataan lebih awal. 

“Encik Low ditanya mengenai satu persembahan, Queer-tai. Beliau menjawab beliau belum menyaksikan persembahan tersebut,” kata NAC, yang berkata wartawan Today meneruskan wawancara dengan bertanya beberapa soalan berhubung persembahan seni bertema LGBTQ.

Menurut NAC, Encik Low tidak merujuk kepada isu-isu LGBTQ tetapi berkongsi beberapa pengamatan luas mengenai artis yang ingin menghasilkan karya yang menunjukkan keadaan semasa. 

Ditanya soalan susulan mengenai acara yang diadakan di CCA NTU itu, Encik Low memberitahu wartawan itu supaya mengajukan soalan kepada pengarah CCA NTU.

Menambah, NAC berkata Today mengubah tajuk berita selepas NAC menjelaskan pendiriannya, tetapi artikel asal tetap menggunakan kata-kata Encik Low diluar konteks, dan sebagai asas bagi laporan yang memberitahu awam mereka boleh menjangka lebih banyak persembahan seni yang menyentuh tema LGBTQ.

Perbuatan tersebut keseluruhannya tidak mewakili pendirian Encik Low, kata NAC.

NAC berkata dalam kenyataan itu ia tidak menolak persembahan yang bertemakan LGBTQ. 

Ia berkata ia mempunyai pendirian jelas dan konsisten mengenai bagaimana persembahan sedemikian boleh dipentaskan dan ini telah ditekankan dalam kenyataan lebih awal.

“Apa yang tidak dapat kami terima ialah perbuatan Today yang cuba menggunakan respons Encik Low sebagai asas bagi dakwaannya sendiri.

“Kami amat kecewa artikel itu menunjukkan pendirian NAC dengan salah dan membuat pembaca salah faham mengenai perkara itu. Malah perkara ini tidak diperbetulkan selepas NAC menjelaskan pendiriannya dan NAC terpaksa mengambil langkah lanjut untuk memperbetul rekod awam dan menyangkal secebis kewartawanan yang membuat orang salah faham dengan ketara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >