Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Artis Eksekutif BH hadiahkan potret kepada mantan Presiden

Sep 22, 2023 | 04:36 PM



Tiga hari. Itulah masa yang diambil artis eksekutif Berita Harian (BH), Encik Samad Afandie, 59 tahun, untuk melukis potret mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.


Puan Halimah mengunjungi bilik berita baru Berita Harian pada 22 September untuk satu majlis jamuan.


Beliau disambut sekitar 60 kakitangan BH dan kepimpinan tertinggi SPH Media Trust (SMT) – Pengerusi, Encik Khaw Boon Wan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cik Teo Lay Lim serta Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong. Di majlis itu, Encik Samad hadiahkan potret itu kepada Puan Halimah.

“Apabila diberi peluang untuk menghadiahkan potret kepada mantan presiden, saya tidak ingin lepaskannya.

“Saya menghargai segala kerja keras dan usaha Puan Halimah. Bagi saya, beliau Presiden yang sangat bagus, seorang Presiden yang sering membela mereka yang di pinggiran.

“Saya berpendapat beliau seorang Presiden yang akan dirindui dan kerana itulah, saya bertungkus lumus dalam masa tiga hari untuk siapkan potret itu,” kata Encik Samad yang juga seorang pengarah seni, pereka grafik, ilustrator dan wartawan infografik.

Beliau menggunakan kertas khas buat pewarna air di mana kertas itu harus direndam dan dikeringkan semula. Setiap lapisan warna juga mengambil masa dan lapisan pewarna yang seterusnya hanya boleh dilukis selepas lapisan sebelumnya kering. Kerana itu, proses itu mengambil masa yang agak lama.

“Saya melukis sehingga 3 pagi dan berehat seketika sebelum menyambung semula. Selalunya saya akan mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk habiskan satu potret tetapi hanya tiga hari buat potret ini. Memang kelam-kabut tetapi ia semua berbaloi.

“Paling penting bagi setiap potret yang saya lukiskan adalah saya ingin merakamkan intipati atau ‘essence’ seseorang itu. Setiap artis memanglah inginkan kesempurnaan dalam setiap lukisan yang dihasilkan. Namun, dengan masa yang ada, saya gembira dengan hasil saya dan harap Puan Halimah juga suka dengan potret yang dihadiahkan.

“Saya doakan beliau terus berjuang untuk menjadi suara bagi golongan di pinggiran,” ujarnya

Pada Khamis, Puan Halimah juga menerima tanda penghargaan dari Encik Wong selepas meletak jawatan sebagai penaung ‘Singaporean of The Year Award’ The Straits Times dan SPH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >