Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri Akhir)

Asas-Asas CPF (Bah Akhir)

Bagaimana CPF boleh membantu pekerja sendiri atau pekerja bebas?

Jika anda adalah pemilik perniagaan sendiri, anda bekerja untuk diri sendiri dan berada dalam kedudukan untuk mengalami keuntungan atau kerugian perniagaan, anda dianggap sebagai Pekerja Sendiri. Semua Pekerja Sendiri yang meraih Pendapatan Perniagaan Bersih (NTI) melebihi $6,000 setahun perlu mencarum kepada Medisave. Pekerja Bebas juga dianggap sebagai Pekerja Sendiri jika mereka bekerja untuk orang lain (contohnya, menyediakan sesuatu perkhidmatan) di bawah kontrak perkhidmatan.

Berikut adalah faedah mencarum kepada Akaun Medisave anda:

1. Memandangkan anda tidak menerima caruman Medisave secara tetap seperti pekerja lain, adalah penting anda mempunyai simpanan Medisave yang mencukupi untuk keperluan penjagaan kesihatan anda pada masa hadapan.

2. Simpanan Medisave meraih faedah sehingga 6% setahun. Ini kerana simpanan dalam Akaun Medisave meraih faedah 4% setahun, dan $60,000* pertama daripada baki gabungan CPF anda meraih faedah tambahan 1% setahun. Jika anda berusia 55 tahun ke atas, anda akan juga menikmati faedah tambahan 1% setahun bagi $30,000* pertama daripada baki gabungan CPF anda mulai 1 Januari 2016. 

(* Sehingga $20,000 daripada Akaun Biasa)  
 

3. Anda boleh menerima caruman wang tunai dan CPF jika anda layak bagi Skim Daya Kerja (Workfare). Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi www.workfare.gov.sg.

4. Anda boleh menikmati pelepasan cukai bagi pendapatan peribadi anda.

SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI

 

SOALAN: Sebagai pekerja sendiri atau pekerja bebas, adakah caruman CPF saya terhad kepada Akaun Medisave?

JAWAPAN: Tidak. Anda juga boleh mencarum ke akaun-akaun lain CPF anda secara sukarela menerusi dua cara: 

1. Caruman Secara Sukarela kepada kesemua 3 akaun – carumkan wang tunai ke Akaun Biasa (OA), Akaun Khas (SA) dan Akaun Medisave (MA). Bahagian yang disalurkan ke MA akan mengimbangi jumlah Medisave yang perlu dibayar sebagai pekerja sendiri. Ini layak bagi pelepasan cukai, yang membentuk 37% daripada NTI tahunan anda, atau Had Tahunan CPF sebanyak $37,740 mulai 2016, bergantung pada yang mana lebih rendah.

2. Skim Persaraan Caruman Tambahan (RSTU) – Carumkan wang tunai atau pindahkan simpanan CPF anda kepada SA (jika anda berusia bawah 55 tahun) atau RA anda (jika anda berusia 55 tahun ke atas). Pemindahan ini tidak boleh ditarik balik. Anda layak bagi pelepasan cukai sehingga $7,000.

SOALAN: Bagaimana saya boleh membuat Caruman Secara Sukarela ke tiga akaun CPF atau Akaun Medisave saya?

JAWAPAN: Anda boleh membuat caruman secara sukarela menerusi cara berikut:

  1. GIRO
  2. eNets
  3. Cek: hantarkan borang pembayaran melalui pos
  4. Wang Tunai/ NETS/ CashCard di mana-mana cawangan SingPost
  5. NETS di mana-mana mesin AXS/SAM

Untuk butiran lanjut. sila kunjungi https://www.cpf.gov.sg/Members/Schemes/schemes/self-employed-matters/self-employed-scheme

SERTAI KUIZ KAMI!
10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!

SOALAN PERADUAN: 

Bagaimana pekerja sendiri atau pekerja bebas boleh meraih manfaat daripada CPF?

A Menikmati faedah menarik bagi simpanan CPF anda

B Mendapat pelepasan cukai apabila anda mencarum kepada CPF anda

C A dan B

Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf10 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF10 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 16 April 2017.

Syarat dan Peraturan: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 21 April 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.

Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)

Sila klik Siri 1Siri 2Siri 3Siri 4Siri 5Siri 6Siri 7Siri 8 dan Siri 9
untuk Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,209.470 -6.080