Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atlet Olimpik Singapura bebas daripada Zika

Sep 02, 2016 | 08:25 AM



SEMUA 25 atlet Olimpik Team Singapura kekal bebas daripada gejala virus Zika, lebih seminggu selepas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, berakhir.



Bagaimanapun, memandangkan virus itu sedang menular di sini, kontinjen tersebut meneruskan langkah berjaga-jaga.



Semua atlet dan pegawai, yang pulang ke Singapura secara berkumpulan, dengan kumpulan terakhir sampai Rabu minggu lalu, sedang dipantau.



Mereka juga dinasihatkan supaya melaporkan tentang kesejahteraan mereka kepada doktor pasukan, Dr Darren Leong, setiap hari.



Chef de mission kontinjen Olimpik Singapura, Encik Low Teo Ping, berkata: "Kami memantau dengan rapat atlet dan pegawai, memeriksa mereka bagi gejala seperti demam, ruam kulit, sakit kepala, keletihan, sakit otot dan sakit sendi selama tiga minggu sekembalinya mereka.



"Kami juga menasihatkan mereka supaya terus menggunakan penghalau serangga, memakai pakaian lengan panjang apabila boleh dan mengelakkan perjalanan ke pelbagai tempat dalam sehari."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >