Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atlet para mungkin diberi hadiah wang tunai lebih besar

Jan 07, 2016 | 11:51 AM



ATLET para Singapura, yang mendapat rekod 24 pingat emas pada Sukan Para Asean (APG) bulan lalu, tidak lama lagi mungkin mendapat rangsangan dalam usaha mereka mencapai lebih banyak kecemerlangan sukan.


Pengerusi Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC), Dr Teo-Koh Sock Miang, berkata pada Rabu (6 Jan) bahawa kemungkinan meningkatkan ganjaran kewangan APG akan menjadi antara agenda apabila SNPC menemui Lembaga Tote dan Singapore Pools dalam masa terdekat.


Lembaga Tote ialah penaja utama skim Anugerah Pencapaian Atlet (AAA) SNPC, yang memberi ganjaran kewangan bagi pencapaian atlet para di temasya sukan utama.


Bercakap di luar majlis resepsi AAA di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Dr Teo-Koh, yang juga presiden Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura, berkata kepada akhbar The Straits Times: "Kami akan berbincang dan memikirkan cara untuk menjadi saksama.


"Salah satu cara ialah dengan melihat apa negara lain lakukan dan bagaimana mereka mengiktiraf atlet mereka.


"APG akan menjadi percubaan pertama kami untuk mencuba dan melihat apakah kita boleh mempunyai pengiktirafan yang sama."


Pada masa ini, setiap pemenang pingat emas di APG mendapat hadiah wang tunai $2,000, sehingga emas ketiga, manakala ganjaran bagi emas pasukan ialah $3,000.


Sebaliknya, pemenang pingat emas Singapura dalam Sukan SEA Jun lalu dianugerah $10,000 bagi emas individu pertama, dan $5,000 untuk pingat emas kedua dan ketiga di bawah Program Anugerah Jutaan Dolar (MAP).


Pingat emas dalam acara berpasukan Sukan SEA membawa hadiah wang tunai $15,000, manakala pingat emas dalam sukan berpasukan memberi ganjaran lebih tinggi sebanyak $30,000.


Mesyuarat dengan Lembaga Tote, yang Dr Teo-Koh gambarkan sebagai penaja murah hati, akan diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang.


Beliau berharap perubahan boleh dilaksana sebelum APG akan datang pada 2017.


Isu kesaksamaan dalam hadiah wang tunai dengan atlet normal timbul apabila Yip Pin Xiu memenangi pingat emas Paralimpik pertama Singapura di Paralimpik Beijing 2008.


Beliau akhirnya menerima $200,000 bagi usahanya itu, dua kali jumlah sebelumnya. Bagaimanapun, ia satu perlima daripada $1 juta yang seorang atlet normal akan dapat jika memenangi pingat emas Olimpik.


Kontinjen Singapura yang seramai 156 atlet memenangi 24 emas, 17 perak dan 22 gangsa pada APG lalu yang buat kali pertama dihos oleh negara ini.


Dalam majlis resepsi AAA itu, yang bertema Star Wars, perenang Republik ini mendapat hadiah wang tunai paling banyak.


Theresa Goh (lima pingat emas), Toh Wei Soong (empat) dan Benson Tan (tiga) membawa pulang $6,000 setiap seorang.


Kesemuanya, 18 atlet para menerima ganjaran itu daripada tamu terhormat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >