Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Australia tidak akan paksa peladang jual tanah demi latihan askar SAF

Feb 08, 2017 | 11:12 AM



SYDNEY: Australia telah membatalkan rancangan memaksa peladang menjual tanah mereka untuk memberi laluan kepada pangkalan latihan bagi askar Singapura, tetapi berkata latihan akan diteruskan tahun ini seperti yang dijadualkan.



Berikutan bantahan daripada peladang yang akan terpaksa menjual ratusan ribu hektar tanah ladang utama di North Queensland, pemerintah persekutuan mengumumkan pada Selasa (7 Feb) ia akan menyesuaikan sempadan yang dicadangkan bagi kemudahan latihan itu.



Menteri Pertahanan Australia, Cik Marise Payne, berkata pelan induk, termasuk butiran akhir pangkalan latihan itu, akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa dua minggu.



"Adalah jelas bahawa masyarakat mempunyai kebimbangan ketara, dan adalah penting jualan yang dipaksa tidak ditimbangkan bagi mengurangkan kebimbangan itu," katanya dalam satu kenyataan.



Langkah itu berikutan pemeteraian perjanjian 25 tahun bernilai A$2.25 bilion ($2.43 bilion) tahun lalu, yang menyaksikan tentera Singapura meningkatkan kehadiran mereka di Australia mulai tahun ini.



Menjelang 2021, sehingga 14,000 askar Singapura akan berlatih selama 18 minggu setahun di Australia, mungkin dalam dua tempoh sembilan minggu setiap satu, berbanding kira-kira 6,600 askar yang kini berlatih selama enam minggu.



Latihan tentera Singapura akan melibatkan meriam, pesawat sayap tetap dan helikopter.



Perjanjian itu mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan tetapi menghadapi pergolakan politik berikutan kebimbangan kesannya ke atas kira-kira 60 keluarga peladang yang telah memiliki tanah mereka selama bergenerasi.



Para peladang berkata mereka dimaklumkan mengenai jualan itu hanya akhir tahun lalu (2016), dan tanah itu padang ragut lembu perdana.



Jurucakap Cik Payne memberitahu akhbar The Straits Times perubahan ke atas tapak latihan itu tidak akan memberi kesan kepada perjanjian atau jadual bagi meningkatkan bilangan latihan tentera Singapura di Australia.



Walaupun sebelum ini menegaskan tapak yang dicadangkan bagi pangkalan itu ialah yang paling "sesuai" bagi latihan, kerajaan persekutuan berkata ia kini akan mengubah sempadan itu dan membeli tanah daripada peladang yang sanggup jual sahaja.



Perjanjian latihan melibatkan pengembangan pangkalan Shoalwater Bay, berhampiran bandar Rockhampton, dan kawasan latihan lapangan di Townsville, sebuah bandar di utara.



Masyarakat tempatan dan perniagaan kebanyakannya mengalu-alukan perjanjian latihan itu, yang akan membawa masuk pelaburan besar di tengah-tengah kemerosotan perlombongan di rantau tersebut.



Kerajaan Australia berkata dalam satu kenyataan bahawa kemasukan tentera Singapura akan menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pelancongan.



"Perjanjian latihan itu akan menambah pekerjaan dan pelaburan melalui pembinaan infrastruktur, pembelian bekalan tempatan, sewa peralatan dan penyenggaraan kenderaan dan peralatan," katanya.



Tetapi rancangan asal memerlukan sekurang-kurangnya 60 peladang menjual 300,000ha tanah, kira-kira empat kali saiz Singapura.



Kerajaan Australia menghadapi tekanan berat ke atas jualan itu, yang menarik kritikan masyarakat, yang mendapat sokongan daripada ahli politik terkemukakan yang berpangkalan di Queensland, seperti pemimpin parti One Nation, Cik Pauline Hanson.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >