Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA siasat kucing mati 'dibuang dari blok flat' di Redhill

Jun 14, 2016 | 09:54 AM



PENGUASA Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) sedang menyiasat kematian seekor kucing yang dikatakan dilempar dari sebuah blok HDB di Redhill.



Haiwan itu ditemui hampir mati di kaki Blok 89, Redhill Close, sekitar tengah hari Sabtu lalu (11 Jun). Ia mengalami patah kaki dan mulutnya hancur, menurut satu pos Facebook oleh pengguna Fariq Sani.



AVA berkata pada Isnin ia "tahu tentang kes itu dan akan menyiasat".



Menurut akhbar The Straits Times, Encik Fariq mengesyaki kucing itu dibuang dari tempat tinggi berdasarkan kecederaan yang dialaminya.



Encik Fariq, 43 tahun, yang bekerja sendiri, berkata beliau sedang membuat penghantaran ke sebuah flat di blok itu dengan keluarganya apabila isterinya mendengar bunyi dentuman kuat.



"Kami ternampak kucing itu semasa turun dan memutuskan untuk memanggil polis dan SPCA," katanya.



Pemangku Pengarah Eksekutif Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA), Dr Jaipal Singh Gill, berkata kucing itu telah mati ketika pegawai menyelamat tiba di tempat kejadian.



SPCA telah menaikkan poster rayuan di sekitar kejadian itu dalam usaha menentukan punca kecederaan kucing tersebut. Satu pos Facebook meminta maklumat juga telah dimuat naik pada petang Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >