Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas ubat titis mata Eye Mo palsu

Mar 02, 2016 | 10:15 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan amaran pada Selasa (1 Mac) mengenai ubat titis mata palsu yang dijual di dua kedai di sini.

Ubat itu dilabelkan secara palsu sebagai 'Eye Mo Regular' dan 'Eye Mo Moist' daripada syarikat farmaseutikal GlaxoSmithKline (GSK). Ia dijual dalam pek 7.5ml.

HSA mendapati ubat itu bermutu rendah dan dicemari bakteria.

Ini kes serupa itu pertama di sini, dan siasatan sedang dijalankan, kata HSA.

Ia kali pertama dimaklumkan mengenai produk tersebut dijual di kedai di sini pada akhir tahun lalu. Produk-produk itu dengan segera dirampas HSA dan GSK mengesahkan ia palsu.

HSA kemuddian menjalankan pengawasan di seluruh pulau dan merampas ubat titis mata sama dari kedai lain.

Ia menamakan kedai itu - Eskimo Frozen Foods di 36 Chai Chee Avenue, dan H.J. Ventures di 150A, Bishan Street 11.

Berdasarkan siasatan, ubat titis mata palsu kitu dijual dalam satu saiz sahaja, kata HSA.

Walaupun jumlah yang dirampas kecil, ia berkata ubat titis mata palsu boleh menyebabkan jangkitan mata dan berpotensi membawa kepada komplikasi serius seperti ulser kornea dan buta.

Sesiapa yang mengesyaki mereka telah membeli produk Eye Mo palsu boleh menghantar e-mel kepada sg.customer-relations@gsk.com atau menghubungi 1800-622-7238.

Mereka yang membeli produk palsu dinasihatkan supaya membuangnya.

Sesiapa yang didapati menjual atau mengedar produk kesihatan palsu boleh dikenakan hukuman denda $100,000, penjara hingga tiga tahun penjara atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >