Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ayah akui pernah jatuhkan bayi yang meninggal

Jul 13, 2016 | 10:21 AM



SEORANG bayi tiga bulan meninggal dunia pada Oktober lalu, hanya lima minggu setelah keluar hospital selepas dimasukkan kerana patah tempurung kepala, siasatan koroner diberitahu pada Selasa (12 Jul).

Ibu bapa Allahyarhamha Reyhana Qailah Mohamad Shiddiq, Cik Nurraishah Mahzan, 31 tahaun, dan Encik Mohamed Shiddiq Sazali, 27 tahun, menandatangani perjanjian keselamatan dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebelum membawa anak itu pulang ke rumah pada 9 September 2015.

Tetapi pada 12 Okt, Allahyarhamha tidak responsif semasa Encik Shiddiq cuba memberinya minum susu dengan satu tangan, sambil bermain permainan telefon bimbit.

Usaha memulihkan bayi itu tidak berjaya.

Seorang pakar patologi forensik mendapati tiga daripada tulang rusuk Allahyarhamha patah antara satu hingga dua minggu sebelum kematiannya.

Penyiasat polis Tony Won memberitahu siasatan itu: "Walaupun punca kematian tidak dapat dipastikan... sesak nafas atau lemas tanpa kecederaan yang boleh dilihat atau parut kekal, tetapi tercekik susu juga boleh menjadi punca kematian."

Keretakan tulang rusuk Allahyarhamha juga tidak dapat dijelaskan, ujarnya.

Beliau memberitahu mahkamah Allahyarhamha dilahirkan secara normal pada 28 Jun tahun lalu. Pada 9 Ogos, anak itu dibawa ke hospital kerana terdapat darah dalam muntahnya. Allahyarhamha keluar dari hospital selepas lapan jam, melanggar nasihat doktor, kerana ibunya mahu membawanya pulang.

Pada 26 Ogos, Cik Nurraishah mendapati Allahyarham menangis tanpa henti. Di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, beliau mendapat tahu tempurung kepala anaknya patah. Hospital itu memberitahu polis dan MSF mengenai kes tersebut.

Seorang pegawai perlindungan kanak-kanak mensyaratkan Allahyarhamha diawasi sekurang-kurangnya dua orang dewasa jika dia diletak di bawah jagaan keluarga. Reyhana pulang dari hospital pada 9 Sep.

Pada 12 Oktober, Cik Nurraishah meninggalkan rumah pada kira-kira 10.20 pagi bagi ujian pengawasan dadah, setelah anaknya diberi makan dan disendawakan.

Beliau memberi Allahyarhamha kepada Encik Shiddiq dan memberitahunya supaya menyendawakan anak mereka dengan betul. Encik Shiddiq kemudian memberi anak itu mimum susu sambil duduk bersila. Tetapi Allahyarhamha tidak mahu minum susu dan menangis kira-kira dua minit sebelum menjadi tidak responsif.

Encik Shiddiq kemudian meletak Allahyarhamha di atas katil dan menepuk belakangnya.

Apabila bapa Cik Nurraishah, Encik Mahzan Ahmad, 57 tahun, pulang, beliau mendapati Allahyarhamha tidak bernafas tetapi ada denyut nadi. Beliau memberi bantuan pernafasan (CPR) dengan tekanan dada.

Cik Nurraishah mendapat mesej teks dari Encik Shiddiq dan pulang dengan menaiki teksi. Beliau kemudian melakukan CPR hingga polis dan paramedik tiba.

Selepas kematian Allahyarham, penyiasat polis melakukan ujian kebohongan ke atas Cik Nurraishah, Encik Shiddiq dan Encik Mahzan, ujar Inspektor Won.

Encik Shiddiq gagal ujian itu dan mengaku menjatuhkan Allahyarhamha pada 26 Ogos.

Siasatan koroner akan disambung pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >