PEMERGIAN pelakon popular Azmil Mustapha Rabu lalu mengejutkan ramai dan netizen langsung menaburkan kata-kata simpati serta takziah mereka di laman Facebook.
Pelakon filem 'Ali Setan' yang popular tahun 1980-an itu sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital. Berita yang dikeluarkan di laman Facebook Berita Harian Singapura itu menjangkau lebih 9,000 pengguna dan dikongsi sebanyak lebih 200 kali.