ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) bakal mempunyai pengerusi baru yang akan dilantik selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) badan tersebut bulan depan.
Mengikut perlembagaan pertubuhan itu, pengerusi sekarang, Encik Azmoon Ahmad (gambar), tidak boleh dipilih semula dalam lembaga pengarah AMP dan perlu mengundur diri bagi tempoh minimum setahun.