HAMPIR lapan ribu orang beratur bagi mendapatkan kotak kurma Madinah yang diagihkan Masjid Ba'alwie kelmarin - menandakan Ramadan yang bakal menjelang.
Sebanyak 8,000 kotak kurma jenis Barni seberat satu atau dua kilogram diberikan kepada orang awam yang beratur seawal 8.30 pagi.