Badan-badan etnik beri penghormatan kepada mendiang Encik Lee

PARA wakil daripada pelbagai kumpulan etnik telah memberikan penghormatan mereka kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew dalam satu upacara peringatan di Kallang Theatre awal tadi.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berserta isteri Ho Ching turut menghadiri acara yang turut disertai lebih 2,000 tetamu.

Para wakil daripada persatuan masyarakat etnik telah naik ke pentas untuk memberi ucapan masing-masing berkaitan sumbangan serta dasar mendiang Encik Lee Kuan Yew yang membantu dalam mengeratkan ikatan berbilang budaya.

Pertubuhan yang turut serta termasuk Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Persatuan Serani, Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina (SCCCI), dan Perniagaan China.

Mantan Mufti Singapura, Shaikh Syed Isa Semait berkata masyarakat Melayu/Islam telah berjaya meraih banyak manfaat.

Dalam Bahasa Melayu, beliau berkata masyarakat Melayu/Islam telah meraih manfaat daripada penubuhan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mahkamah Syariah dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM).

Wakil Sinda, Dr N Varaprasad, pula bercakap tentang keputusan mendiang Encik Lee menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perniagaan, sedang Bahasa Cina, Melayu dan Tamil kekal bashasa rasmi Singapura.

Presiden Persatuan Serani, Encik Benett Theseira, pula berkata mendiang Encik Lee bekerjasama dengan ramai nenek moyang masyarakat Serani.

Encik Chua Thian Poh - yang merupakan presiden SFCCA, presiden kehormat SCCCI dan pengerusi lembaga pengamanah CDAC serta Perniagaan China - berkata mendiang Encik Lee menggalak suku kaum di sini mengikut masa dan mendiang turut menggalak perniagaan Cina meluaskan perniagaan ke luar negara.

Majlis itu berakhir dengan para wakil daripada setiap kumpulan etnik meyampaikan surat-surat takziah kepada Perdana Menteri Lee dan isteri.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.