SEKUMPULAN pegawai daripada badan Islam telah menyerahkan cek sekitar $221,000 kepada badan kemanusiaan di Turkey bagi membantu mangsa pelarian perang Syria.
Dana tersebut merupakan hasil kutipan derma kilat anjuran Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada April lalu, yang kemudiannya diserahkan kepada kumpulan Bantuan bagi Pelarian Syria (Asrit) di Turkey.