BADAN Melayu/Islam juga boleh memainkan peranan membantu masyarakat memahami manfaat yang ditawarkan di bawah Pakej Generasi Perintis (PGP), kata Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob.
Beliau berkata, badan-badan berkenaan boleh melakukan demikian dengan berkongsi maklumat tentang pakej itu bersama hadirin di acara dan kegiatan anjurannya.