Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan teksi adu ada 'pak wancah' ambil penumpang di jalanan

Oct 12, 2016 | 08:18 AM



DI bawah undang-undang, kereta sewa privet, misalnya yang di bawah aplikasi tempah kereta Uber dan Grab, tidak boleh mengambil penumpang di jalanan tanpa tempahan terlebih dahulu.



Namun, Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) berkata ada pemandu sewa privet mengambil penumpang di jalanan dan perhentian teksi.



Penasihat eksekutif NTA, Encik Ang Hin Kee, berkata persatuan itu telah membangkitkan isu tersebut dengan pihak berkuasa, dan diberitahu bahawa tindakan penguatkuasaan sedang diambil.



Sebagai respons kepada pertanyaan media, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata minggu lalu bahawa ia telah menyiasat 35 kes dakwaan kereta sewa privet dan kereta privet mengambil penumpang secara terlarang sejak 2013.



"Daripada 35 kes melibatkan kereta privet tidak berlesen atau kereta sewa privet yang LTA siasat, seorang telah didakwa dan 19 diberi amaran," kata jurucakap LTA. Beliau berkata selebihnya didapati "telah melanggar sembarang peraturan relevan".



Dua minggu lalu, pengguna Facebook Mohamed Hanas memuat naik imej sebuah kereta Toyota Sienta baru di luar Mustafa Centre pada 1 pagi.



"Tanda 'TAXI' berkelip di bahagian pemandu," katanya. "Logo Uber di bahagian penumpang. Letak kereta dengan pintu penumpang terbuka... melihat pejalan kaki."



Ia pos serupa itu kedua dalam beberapa bulan kebelakangan. Terdapat pos lain melibatkan sebuah kereta persendirian dalam barisan teksi di Lapangan Terbang Changi.



LTA tidak berkata apakah salah bagi kenderaan bukan teksi membawa tanda teksi, tetapi berkata semua kenderaan sewa privet tidak dibenarkan mengambil penumpang di jalanan seperti teksi.



"Sesiapa yang mengendalikan perkhidmatan kenderaan awam tidak berlesen, atau menyebabkan atau membenarkan kenderaan bermotor digunakan sebagai kenderaan awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi $3,000, atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.



"Kenderaan yang digunakan juga boleh dirampas."



Pada April, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Ng Chee Meng berkata pemandu sewa privet akan tertakluk pada peraturan, untuk melindungi kepentingan pengguna.



Seperti pemandu teksi, mereka akan diwajibkan melalui ujian perubatan dan pemeriksaan latar belakang, menghadiri kursus vokasional lesen, dan diletak di bawah sistem mata demerit.



Kereta sewa privet yang digunakan untuk tempahan di bawah Uber dan Grab perlu didaftarkan dengan LTA, dan kenderaan itu mesti mempamerkan pelekat jelas agar pengguna dan pihak berkuasa boleh mengenal pasti mereka dengan mudah.



Peraturan-peraturan itu dijangka bermula dalam separuh pertama tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >