Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahaya kalau semput disangka 'hidung sensitif'

May 03, 2016 | 08:30 AM



BERDEHIT, batuk, dan sesak nafas gejala serangan semput.



Bagaimanapun, gejala-gejala itu juga dialami mereka yang mempunyai alahan hidung - lebih dikenali sebagai 'hidung sensitif'.



Malah, satu kajian Hospital Besar Changi (CGH) ke 274 anak muda yang mengalami gejala-gejala itu mendapati hampir satu pertiga mereka mempunyai alahan hidung. Baki dua pertiga disahkan semput.



Oleh kerana gejala serangan semput dan rinitis alergi sama, seseorang itu boleh kadang-kadang tersilap menolaknya sebagai 'hidung sensitif' sedangkan ia serangan semput.



Oleh itu, penting untuk seseorang berjumpa doktor apabila mengalami gejala sedemikian, kata Profesor Madya Adjung Augustine Tee, sempena Hari Semput Sedunia yang diadakan pada Selasa pertama Mei, iaitu 3 Mei pada tahun ini.



"Gejala itu berlaku sekejap-sekejap dan, semasa ketiadaannnya pesakit mungkin berfikir bahawa mereka dalam keadaan baik," kata Dr Tee, ketua jabatan perubatan penjagaan pernafasan dan kritikal di CGH, lapor akhbar The Straits Times.



"Tetapi jika semput tidak dirawat selama beberapa tahun, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap."



Dalam Tinjauan Kesihatan Nasional terkini, yang dijalankan pada 2010, para pakar mendapati semput paling biasa dihadapi mereka yang berusia antara 18 dan 29 tahun, kumpulan umur paling muda yang diliputi oleh tinjauan tersebut.



Dr Tee dan pasukannya memutuskan meninjau pesakit lebih muda, antara 12 dan 20 tahun.



Beliau berkata ramai anak muda tidak pernah didiagnosis dengan betul, dan cenderung mengubati diri sendiri.



Sebagai contoh, mereka membeli ubat batuk untuk membantu mereka apabila gejala muncul. Ini boleh meletak mereka dalam bahaya jika serangan datang tiba-tiba dan mereka tidak mempunyai ubat yang betul, katanya.



Beliau menegaskan ramai orang yang sudah tahu mereka mempunyai semput juga cenderung mengabaikan rawatan biasa, dan berjumpa doktor hanya apabila menghadapi serangan serius dan memerlukan bantuan segera.



"Mereka tidak mematuhi terapi biasa, dan ini membimbangkan kami," kata Dr Tee. "Rawatan semput berasaskan pencegahan."



Encik Muhammad Rusydi Mohamed Said, seorang pelajar politeknik berusia 23 tahun, berkata beliau dahulu antara pesakit sedemikian.



Beliau diberi dua jenis ubat - satu harus digunakan secara tetap bagi memastikan saluran pernafasan beliau terbuka dan satu bagi kegunaan semasa serangan semput secara tiba-tiba.



"Dulu saya malas untuk menggunakan ubat pertama," kata beliau. "Bagaimanapun, selepas saya mencubanya beberapa hari, saya dapat berasa bahawa saya tidak begitu mudah tercungap-cungap."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >