BELANJAWAN tahun ini melakar rancangan pemerintah membantu negara merebut peluang, membantu perniagaan mengukir nilai dan pasaran baru di samping menggalak warga keluar daripada ruang keselesaan demi membawa Singapura ke hadapan kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
Menggulung perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam, Encik Heng menekankan bagaimana perniagaan, warga, pekerja dan keluarga boleh mengambil langkah demi menghadapi masa depan dengan lebih yakin.