Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN 2016

Bajet sokong ekonomi, golongan terjejas

Langkah persiapan masa depan - bantu syarikat, keluarga harungi cabaran
Mar 25, 2016 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan Heng Swee Keat membentangkan Belanjawan Negara bagi penggal pertama pemerintah, dengan lebih banyak tumpuan diberikan kepada golongan paling memerlukan dalam masyarakat dan ekonomi.



Sebagai persediaan bagi masa depan, Belanjawan tahun ini meletakkan batu asas bagi mengukuhkan keluarga dan syarikat Singapura agar mereka dapat menangani cabaran masa depan.



Menekankan semangat kerjasama, beliau berkata Belanjawan 2016 merupakan permulaan bagi langkah menuju ke SG100.



"Dengan semangat kerjasama, kita akan merombak ekonomi melalui perniagaan dan inovasi, dan membangunkan masyarakat penyayang dan berdaya tahan,'' kata Encik Heng, yang membentangkan Belanjawan negara pertama sejak Pilihan Raya Umum tahun lalu dan juga yang sulung baginya sebagai Menteri Kewangan.



Menjelaskan dasar-dasar sosial, lebih banyak sumber disalurkan bagi membantu pasangan yang mempunyai anak kecil, warga senja, golongan berpendapatan rendah dan kurang upaya.



"Kita mahu Singapura menjadi tempat yang baik bagi membesarkan keluarga dan menyerlah potensi sepenuh setiap rakyat Singapura; sebuah masyarakat menjaga mereka yang mempunyai keperluan khas, yang berpendapatan rendah atau yang telah tersungkur dalam masa sukar; sebuah masyarakat yang membolehkan warga senja melalui masa tua dengan bertenaga dan hormat,'' jelas Encik Heng.



Skim Ihsan Senja bernilai $320 juta bagi tahun pertama diperkenal bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapat wang tambahan bagi menyara persaraan mereka.



Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS), yang membantu golongan bergaji rendah, akan dipertingkat bermula tahun depan. Selain siling gaji yang dinaikkan kepada $2,000 sebulan, individu yang layak juga dijangka menerima bayaran lebih tinggi.



Contohnya, pekerja bergaji $1,000 hingga $1,600 sebulan akan menerima bayaran lebih tinggi sebanyak $100 hingga $500. Sebagai contoh, pekerja berusia 55 tahun yang bergaji $1,200 sebulan akan menerima $2,900 setahun, dengan $1,200 dalam bentuk tunai dan $1,700 dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Bagi menggalak pasangan agar berkeluarga, Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak (CDA) bernilai $3,000 yang baru diperkenal.



Geran sehingga $35,000 akan juga diberikan bagi pasangan yang mempunyai anak kecil yang tinggal di flat sewa untuk membantu mereka membeli flat dua bilik di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru pada tempoh pajakan lebih pendek dan dimampui



Ia diperkenal bagi keluarga yang sebelum ini sudah membeli flat dan kemudian menjualnya, namun kini tinggal di flat sewa awam.



Satu teras penting diumumkan ialah langkah merombak perniagaan dan industri sedang ekonomi bertambah perlahan melalui Program Perubahan Industri bernilai $4.5 bilion yang diperuntukkan bagi merombak syarikat, industri dan merangsang inovasi.



Para peniaga, khususnya, syarikat kecil dan sederhana (SME) dibantu menangani cabaran semasa yang dihadapi dalam ekonomi lemah.



Encik Heng menyatakan lebihan belanjawan keseluruhan sebanyak $3.4 bilion dijangkakan dalam tahun pertama penggal baru itu.



"Kedudukan itu mengimbangi keperluan pentingnya mengambil pendekatan cermat kerana jangkaan perbelanjaan di tahun-tahun mendatang akan meningkat, dan memenuhi keperluan syarikat dalam keadaan ekonomi semasa sedang mereka meneruskan usaha penyusunan,'' jelas Encik Heng.



Beliau menegaskan jika keadaan ekonomi bertambah buruk, pemerintah bersedia menyesuaikannya dan memberikan respons yang sejajar.



Parlimen akan bersidang untuk membahaskan Belanjawan dan perbelanjaan kementerian bermula 4 April ini.




TERAS UTAMA BELANJAWAN 2016



UNTUK INDIVIDU DAN KELUARGA



Sokongan Bagi Anak dan Belia



  • Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak (CDA): $3,000 bagi bayi dilahirkan bermula semalam.

  • Gandakan had pengeluaran Medisave bagi perbelanjaan perubatan sebelum melahirkan anak kepada $900.

  • Skim Perumahan Permulaan Baru menyediakan geran sehingga $35,000 bagi membantu pembeli kali kedua yang mempunyai anak kecil dan tinggal di flat sewa, untuk memiliki flat dua bilik pada tempoh pajakan lebih rendah dan lebih dimampui.

  • KidSTART: Bernilai lebih $20 juta bagi bantu 1,000 kanak-kanak dengan sokongan pembelajaran dan kesihatan bagi enam tahun pertama.

  • Kampus Outward Bound Singapore (OBS) di Pulau Coney bernilai $250 juta dijangka siap pada tahun 2020 bagi menggalak belia dalam kegiatan luar.

Menyokong Pekerja Bergaji Rendah, Individu Kurang Upaya



  • Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) ditingkatkan bagi manfaat 460,000 rakyat mulai tahun depan. Ia menelan kos $770 juta setahun.

- Tingkatkan kelayakan siling pendapatan kepada $2,000 sebulan.



- Tingkatkan bayaran WIS bagi pekerja layak, bergantung pada umur dan gaji.



- Pekerja terima bayaran WIS setiap bulan dan bukan suku tahunan.



- Lanjutkan skim Sokongan Latihan Daya Kerja bagi individu kurang upaya yang bergaji rendah dan di bawah 35 tahun, mendapatkan pekerjaan dan menjalani latihan.



Menyokong Warga Senja



  • Skim Ihsan Senja bagi menyokong pendapatan persaraan bagi warga senja bergaji 20-30% terbawah.

- $300 hingga $750 setiap suku tahunan, bergantung jenis flat, dan diberikan mulai Julai ini.



- Antara kriteria termasuk gaji sepanjang hayat, jenis perumahan dan sokongan keluarga.



  • Rangkaian Masyarakat Bagi Warga Senja: Sekumpulan pegawai sepenuh masa akan sokong warga senja kekal aktif dan sihat.

Sokongan Lain Bagi Keluarga



  • Tingkatkan elaun tunai bulanan asas bagi individu yang menerima bantuan jangka panjang ComCare.

  • Tingkatkan Elaun Singapura dan siling pencen bulanan bagi yang pencen sebanyak $20 sebulan masing-masing kepada $300 dan $1,230.

  • Baucar GST Sekali (GSTV): Pembayaran tunai khas sehingga $200 bagi penerima baucar GSTV yang layak. Ia akan memanfaatkan sehingga 1.4 juta rakyat dan akan dibayar pada November ini. Ini tambahan kepada GSTV tetap dibayar pada Ogos ini.

  • Rebat bayaran pengendalian dan perkhidmatan (S&CC)

Menyokong Individu Melalui Perubahan



  • Inisiatif Suai Maju

- Skim sokongan gaji bagi menggalak firma menggajikan pekerja yang sukar mendapat pekerjaan.



- Bagi individu dalam peringkat pertengahan kerjaya termasuk yang diberhentikan, dipadankan dengan pekerjaan dalam SME seperti sektor teknologi dan infokom (ICT) dan rekaan.



  • Pemacu Kemahiran Teknologi bagi membantu menggalak individu belajar kemahiran dan mendapat pekerjaan dalam sektor ICT.

Memupuk Masyarakat Penyayang



  • Dana Singapura Kita bernilai sehingga $25 juta, bagi menyokong pelbagai projek bermakna.

  • Memberi potongan cukai bagi firma menggalak pekerja jadi relawan di bawah satu skim perintis, Skim Rakan Kongsi Institusi Bercorak Awam.

UNTUK PERNIAGAAN



Menangani cabaran perniagaan dalam jangka pendek



- Pinjaman Modal Kerja sehingga $300,000 bagi setiap SME bagi tempoh tiga tahun mendatang.



- Lanjutkan Kredit Pekerjaan Khas (SEC) selama tiga tahun bagi mengimbangi gaji pekerja 55 tahun dan ke atas yang berpendapatan sehingga $4,000 sebulan.



Program Perubahan Industri ($4.5 bilion)



  • Merombak Syarikat

- Pakej Sokongan Automasi bernilai $400 juta selama tiga tahun bagi menyokong firma dalam projek automasi.



- Sokongan bagi penyejagatan dengan melanjutkan potongan cukai berganda sehingga 2020.



  • Merombak Industri

- Platform Perdagangan Nasional bagi mengongsi data dengan firma untuk meningkatkan perniagaan.



- Program Robotik Nasional bernilai lebih $450 juta untuk menggalak penggunaan robot.



  • Merombak Melalui Inovasi

- Kawasan Inovasi Jurong (JID) bagi mengumpulkan penyelidik, pelajar, usahawan dan perniagaan bagi mencipta produk dan khidmat bagi masa depan. Tahap pertama akan siap sekitar 2022.



  • Kurangkan kadar pembayaran tunai di bawah Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) kepada 40% dari 60%.


Laporan lanjut Belanjawan 2016:



Geran hingga $35,000 bagi pasangan tinggal rumah sewa beli flat buat kali kedua



Geran $3,000 bagi bayi lahir mulai semalam



$900 dari Medisave boleh dipakai biaya kos sebelum bersalin



Bantuan tambahan bagi keluarga susah, pesara pemerintah



$300-$750 setiap 3 bulan bagi warga tua memerlukan



Guna wang Ihsan Senja untuk hidup lebih sihat



Pekerja bergaji rendah bakal terima lebih sokongan



Lebih ramai kurang upaya dapat sokongan bekerja, latihan



Lebih banyak bantuan bagi warga dapatkan pekerjaan



Kampus pengembaraan OBS baru di Pulau Coney



Lebihan Belanjawan dijangka $3.4 bilion



'Dana S'pura Kita' bagi galak semangat kekitaan



Skim baru pinjaman modal bantu SME



$450j diperuntuk bagi Program Robotik Nasional



Kredit Pekerjaan Khas dilanjut hingga akhir 2019



Pakej sokongan galak firma guna automasi



Taman industri masa depan di Jurong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >