Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR LEBARAN

Baju tradisional masih jadi pilihan

Jul 25, 2016 | 05:30 AM



PELBAGAI fesyen baju Melayu terkini dapat dilihat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.



Fesyen baju dari Timur Tengah hingga ke negara Barat dapat dilihat disesuaikan dengan fesyen baju Melayu.



Walaupun trend seperti itu semakin digemari ramai, tinjauan rambang Berita Harian mendapati bahawa masih lagi ramai dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura memilih menggayakan baju tradisional Melayu pada hari pertama Raya.



Menurut Cik Nadiyah Irfatt Perwira, 34 tahun, yang menjual baju kurung tradisional Melayu dalam talian selama lebih setahun, beliau mendapati terdapat peningkatan dalam kalangan masyarakat Melayu yang membeli pakaian itu.



"Jikalau dibandingkan tahun lalu dengan tahun ini, terdapat peningkatan yang ketara di mana dahulu kami hanya menjualnya dalam talian.



"Tetapi tahun ini, oleh kerana ramai yang ingin membeli pakaian Melayu tradisional kami, kami telah membuka gerai di bazar Ramadan Geylang Serai dan di bazar LalooLalang dan sambutannya agak baik," ujar beliau.



Cik Nadiyah sendiri akur bahawa baju tradisional Melayu masih releven dan akan terus dipakai oleh majoriti masyarakat Melayu di sini mahupun mereka yang tinggal di luar negara.



"Memang tidak dapat dinafikan kini ramai orang Melayu yang memlih memperagakan baju Melayu ala fusion, atau baju Melayu yang telah diarabkan, atau dibaratkan.



"Namun, baju tradisional Melayu seperti baju kurung tetap menjadi pilihan utama untuk dipakai pada Hari Raya.



"Pada tahun ini saja, saya menerima tempahan dalam talian daripada beberapa pelanggan luar negara, seperti dari Australia dan Canada yang mahu membeli baju tradisional Melayu," kata beliau yang menjual baju tersebut bermula dari $55 hingga $75 bagi setiap pasang.



Cik Radhiah Ramli, 22 tahun, yang ditemu di bazar Geylang Serai berkata baju tradisional Melayu masih relevan dan penting kerana ia melambangkan identiti masyarakat Melayu.



Beliau berkata: "Dengan memakai baju tradisional Melayu, saya berasa seperti saya mengikut tradisi saya dan lebih dekat dengan label etnik Melayu," ujar beliau yang mengambil kursus Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Apabila ditanya pendapat beliau tentang trend fesyen baju Melayu terkini, beliau berkata trend tersebut bukan masalah yang dapat menghambat atau membuatkan orang Melayu meninggalkan pakaian tradisional mereka.



"Saya sebenarnya tidak melihat trend baju Melayu yang berbeza ini sebagai suatu masalah, kerana jikalau dikenakan dengan betul memang kelihatan cantik.



"Namun, bagi saya baju Melayu hipster yang dibuat khas hanya sesuai untuk dipakai oleh indvidu yang ingin memperagakannya saja, manakala baju Melayu tradisional tetap sesuai bagi semua orang," kata Cik Radhiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >