OLEH sebab inginkan lebih wang dengan cara cepat tatkala tarikh perkahwinannya sudah semakin dekat, pelatih teknologi infokom (IT) Saw Yan Naing telah memecah masuk kedai barangan berjenama HoBZ House of Brandz di tingkat dua pusat beli-belah The Arcade di Collyer Quay sekitar 2.15 pagi pada 30 Disember tahun lepas.
Saw telah mencuri empat beg Hermes dan sebentuk jam tangan Rolex bernilai $82,800 kesemuanya.