LEBIH 15 bakat setempat telah menghiasi pentas YouTube FanFest hujung minggu lalu di SCAPE, yang telah membolehkan para peminat YouTube menikmati persembahan dan aktiviti yang disediakan bagi mereka.
Festival tahun ini menampilkan lebih 30 pencipta kandungan muzik, komedi dan fesyen termasuk Wong Fu Productions, Kurt Hugo Scheider, Tiffany Alvord dan ramai lagi.