Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Balu setujui pampasan $240,000 bagi kematian suami

Jan 05, 2016 | 10:31 AM



BALU drebar teksi yang meninggal dunia setahun selepas sebuah kereta merempuh belakang teksinya menyelesaikan saman sivil beliau terhadap pemandu kereta itu pada Isnin (4 Jan) dengan pampasan $240,000.


Wang itu akan dibayar oleh syarikat insurans eksekutif jualan Lim Wei Hong, 27 tahun, yang tertidur semasa memandu hingga merempuh teksi Allahyarham Mohamed Amin Abdul Manap, 56 tahun, pada 2013.


Cik Josephine Cerdan Manap, 51 tahun, memberitahu akhbar The Straits beliau bersetuju dengan penyelesaian itu walaupun tidak "100 peratus puas hati" dengan jumlah tersebut.



"Terlalu memenatkan dari segi emosi untuk saya terus mengulangi butir-butir kemalangan itu. Sudah dua tahun ia berlaku dan saya mahu meneruskan hidup dan menjadi kuat untuk anak saya," katanya.


  Kemalangan itu berlaku kira-kira 4.35 pagi pada 4 Mei 2013, empat bulan selepas anak perempuan mereka meninggal dunia akibat barah otak pada usia 14 tahun.


Cik Josephine kini hanya mempunyai seorang anak, remaja lelaki berusia 15 tahun.


Beliau sebelum ini suri rumah tetapi bekerja sebagai jurukemas selepas kemalangan suaminya, dengan pendapatan kira-kira $800 sebulan.


Cik Josephine berkata beliau akan mempunyai baki $160,000 selepas bayaran guaman dan dokumen untuk mentadbir harta peninggalan suaminya ditolak daripada pampasan tersebut.


Beliau bercadang menggunakan $100,000 bagi melunas hutang flat mereka di Toa Payoh dan selebihnya bagi pendidikan dan sara hidup anaknya.


Remaja itu sedang mengulangi menengah tiga tahun ini kerana prestasi akademiknya terjejas akibat trauma kehilangan bapanya keluarganya secara tiba-tiba, katanya.



Pada hari kemalangan itu, Allahharham tidur di tempat duduk pemandu teksinya, yang diletakkan di Marine Parade Road, apabila teksi itu dirempuh dari belakang oleh kereta Encik Lim, yang tertidur semasa memandu pulang dari makan malam di Holland Village.


Rempuhan itu membuat teksi Allahyarham melanggar kereta yang diletakkan dua petak letak kereta di depan teksi beliau.


Allahyarham cedera tulang belakang dan menjadi lumpuh dari leher ke bawah. Beliau dimasukkan ke hospital hampir setahun sebelum meninggal dunia akibat radang paru-paru di Hospital Besar Changi pada 18 April 2014.


Pada Mei tahun lepas, Encik Lim dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan dilarang memandu selama lima tahun kerana menyebabkan kecederaan parah melalui perbuatan gopoh.


Pada bulan berikutnya, beliau didapati 100 peratus bertanggungjawab bagi kemalangan itu dalam saman sivil yang difailkan oleh Cik Josephine.


"Seberapa banyak sekalipun, wang tidak akan mencukupi untuk menggantikan kehilangan suami saya," katanya.


"Tetapi saya hanya mahu semua ini berakhir, dan sebaliknya fikirkan tentang masa depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >