Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangkai tikus dalam beg penghantaran makanan; SFA siasat

Nov 09, 2023 | 09:37 PM



Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang menyiasat satu insiden melibatkan bangkai tikus “penyek” yang didakwa ditemui bersama makanan dalam beg penghantaran makanan.

Cik Farahliza, 37 tahun, mendakwa suaminya telah menggunakan akaun GrabFoodnya pada Rabu untuk memesan brownie dari kedai pencuci mulut, Annabella Patisserie.

Brownie itu adalah untuk sambutan hari jadinya, dan beliau pernah memesan makanan dari kedai sama sebelum ini, Cik Farahliza memberitahu The Straits Times (ST).


Menurut resit GrabFood, pesanan brownie itu dihantar dari cawangan di 28 Gambas Crescent dan tiba di rumah Cik Farahliza dalam beg tertutup.

Terdapat “bau busuk” dari beg itu apabila beliau membuka pintunya, dan suaminya juga mendakwa dapat menghidu bau itu dari bilik tidur mereka, tambah Cik Farahliza.

“Saya ingin tahu (sumber bau itu) jadi saya membuka beg dan mengeluarkan kotak dari beg itu dan menemui sesuatu di dalamnya.

“Ia gelap, jadi saya membawanya ke ruang makan saya untuk melihat lebih jelas di dalam beg. Saya terperanjat apa saya melihat ada seekor tikus mati “terpenyek” di dalam beg itu,” jelasnya.

Cik Farahliza mendakwa bahawa beliau muntah selepas mendapat tahu tentang tikus itu, dan masih “trauma” dengan pandangan dan bau tersebut. Beliau sudah membuang beg itu selepas mengambil gambar dan video, kerana beliau dan suaminya tidak tahan dengan bau tersebut. Cik Farahliza juga telah membuat laporan kepada SFA dan GrabFood.

SFA mengesahkan mereka sedang menyiasat insiden itu ketika dihubungi ST.

“Keselamatan makanan ialah tanggungjawab bersama. Walaupun SFA melaksanakan dan menguatkuasakan langkah pengawalseliaan, pengendali makanan mesti memainkan peranan mereka dengan mematuhi amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang baik.

“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha makanan yang ingkar,” katanya.

Agensi itu menambah bahawa sesiapa yang terjumpa pengendali makanan yang berpotensi melakukan kesalahan harus melaporkannya kepada SFA melalui borang maklum balas dalam taliannya.

Pada Khamis 8.30 pagi, AnnaBella Patisserie memohon maaf dalam komen catatan Facebook Cik Farahliza, dan memuat naik rakaman kamera keselamatan pada 11.37 pagi sebagai komen susulan.

Video itu menunjukkan seorang kakitangan sedang menyediakan pesanan pada 9.27 malam pada Rabu, dan memeriksa beg sebelum meletakkan kotak di dalamnya.

Menjawab pertanyaan ST, Annabella Patisserie berkata: “Kami amat kesal dan memohon maaf atas situasi yang malang dan tidak boleh diterima ini.

“Di Annabella Patisserie, kami mengutamakan keselamatan, kesejahteraan dan kepuasan pelanggan kami. Kehadiran objek asing dalam pembungkusan penghantaran kami ialah pelanggaran berat piawaian kualiti kami dan bertentangan dengan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman masakan yang selamat dan menyeronokkan.”

Syarikat itu berkata bahawa ia menghubungi Cik Farahliza untuk memohon maaf, memberikan bayaran balik penuh, dan mengumpul maklumat untuk siasatan dalamannya sendiri.

Anabella Patisserie menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa, mengkaji semula proses kawalan kualitinya untuk memastikan semua produk dan penghantarannya memenuhi “standard kebersihan dan keselamatan tertinggi”, serta mengukuhkan program latihannya untuk kakitangannya untuk terus menekankan kepentingan mematuhi protokol keselamatan makanan yang ketat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >