Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banglo keluarga dekat Kembangan tempat tumpuan Raya

Jul 06, 2016 | 05:30 AM



CIK Kamariah Hashim masih ingat bagaimana susah kehidupannya satu ketika dulu.



Beliau perlu bertungkus lumus membesarkan enam anaknya yang masih kecil ketika itu.



Cik Kamariah mengharungi saat getir itu dengan membekalkan kuih-muih ke bazar termasuk epok-epok sayur, kuih keria, pulut panggang dan pulut serondeng.



Beliau perlu mengumpul duit dalal atau komisen sekitar $200 sebelum dapat membawa kesemua enam anaknya ke bazar Geylang dan membeli baju Raya.



"Memang mencabar tetapi berkat semangat yang kuat dan sokongan ibu dan adik-beradik, alhamdulillah kini kehidupan kami lebih sempurna. Kami sekeluarga amat bersyukur dengan segala pemberian Yang Maha Esa," ujar Cik Kamariah, 57 tahun.



Beliau kini pemilik syarikat katering Farah Diana Catering.



Dalam kesibukan memenuhi permintaan katering majlis perkahwinan hampir setiap minggu dengan purata sehingga 10 tempahan seminggu, malam Raya merupakan antara masa paling syahdu dan menggembirakan bagi Cik Kamariah kerana dapat berkumpul bersama anak, menantu dan cucunya.



Selain memenuhi tempahan katering bagi pelanggan yang menempah juadah Raya, kesemua anaknya yang pandai masak bergotongroyong merebus ketupat dan menyiapkan lauk Raya seperti ayam masak merah dan rendang di banglonya dekat Kembangan.



Kanak-kanak pula merancakkan suasana dengan bermain bunga api sesama mereka.



Melihat anaknya menggembleng tenaga bersatu di ambang Raya juga ada kalanya membuat Cik Kamariah teringat akan anak keduanya, Allahyarham Md Jeffry, yang dimasukkan ke hospital pada 1983 kerana menghidap tumor otak pada usia empat tahun ketika itu.



"Saya tidak sangka beliau akan pergi meninggalkan saya sedangkan kain untuk membuat baju Rayanya berwarna biru gelap sudah pun dihantar ke tukang jahit. Tetapi ternyata Allah lebih menyanginya dan saya reda," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >